Saturday, 12 October 2013

MUAT TURUN MODUL M-TEK PRINSIP PERAKAUNAN

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK DOWNLOAD:
  1. MODUL M-TEK : PRINSIP PERAKAUNAN

TIPS BELAJAR SEJARAH

Resource : mgtmawardi68



SEJAK akhir-akhir ini ada pelajar yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak berminat dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. 

WALAU APA ALASAN sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan  negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia.  Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya  dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.

JIKA anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang  besar?




PERTAMA, anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’.  Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.

KEDUA, anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.

KETIGA, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan Sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.

KEEMPAT, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.

KELIMA, anda kata pelajaran sejarah susah. Ada caranya untuk kita
permudahkan. Nanti saya tunjukkan.

KEENAM, anda masuk jurusan apapun di universiti anda tidak akan terlepas daripada sejarah. Tak percaya masuklah mana-mana universiti dulu.


Ada yang tidak sedar kepentingan sejarah itu dan letakkan di tepi. Patutkah  waktu peperiksaan  penggal, mata pelajaran sejarah itu diletakkan pada hari terakhir?.  Sedangkan ini mata pelajaran penting untuk mendidik warga Malaysia yang bertanggungjawab. Tindakan Kementerian Pelajaran mewajibkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus adalah wajar supaya kita tidak melahirkan warga yang buta sejarah sampai ke hari tua.

Saya pasti anda akan sedar kepentingan mata pelajaran sejarah semasa anda akan hadapi satu temuduga untuk biasiswa, pekerjaan dan perjawatan atau kenaikan pangkat setelah anda meninggalkan alam persekolahan. Saya pasti.

Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya  belajar sejarah ??  Saya  nyatakan kaedah mudah untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.


KAEDAH PERTAMA- Menggunakan Formula.

Tajuk: Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India. (bab:  7  ting 4)

ACI


JES

Negara                                 Tokoh
A= Arab                                J= John Crawford
C= China                              E= Emanuel Gadinho Eredia       
I= India                                 S= Snouck Hurgronje

Pelajar hafal formula ACI dan JES

Ayat penuh: 
Teori yang pertama ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford. Teori yang kedua ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia. Manakala teori yang ketiga pula ialah Islam datang dari india. Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.
Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui kaedah ini?.


KAEDAH KEDUA- melukis

Di dalam kelas sesetengah pelajar ada bakat melukis ataupun suka melukis. Jadi bolehlah melukis apabila sampai ke tajuk yang bersesuaian.  Tidak salah di dalam nota pelajar diletakkan satu lukisan supaya mudah mengingati  fakta. Dengan lain perkataan satu kali baca boleh ingat dalam jangka masa yang panjang.

Tajuk : Peranan/kepentingan Tasik Tonle Sap( sejarah ting 4 bab 3)



Ayat Penuh:
Peranan tasik Tonle Sap ialah menjadi kawasan penanaman padi sawah yang penting. Selain daripada itu kawasan sekitar tasik menjadi subur kerana mendapan lumpur pada musim kemarau. Peranan yang lain ialah tempat bekalan sumber protein atau ikan.

(Lihat perkataan bergaris dan bandingkan dengan perkataan dalam lukisan)

Mudah . Dengan hanya melukis. Yang penting ingat fakta. Lukisan comot  tak apa. Semasa menjawab soalan essei jangan pula dilukis gambar tasik tu. Hanya lukis dalam buku nota.


KAEDAH KETIGA- Persekitaran Pelajar

Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk tetentu yang boleh gunakan persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi  tajuk berkenaan. Malah bukan itu sahaja  kaedah ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar  untuk jangka masa yang lama, sebab setiap hari pelajar lihat persekitaran mereka.

Tajuk : Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus.(Bab 1 .Ting 4)

Untuk tajuk ini persekitaran pelajar yang saya gunakan ialah Pekan Jeniang, kerana pelajar saya tinggal di sekitar pekan Jeniang. Setiap hari mereka akan melepasi pekan Jeniang sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu mereka lihat jalan, bangunan yang ada itu setiap hari. Sesuatu yang mustahil jika masih lagi tidak dapat ingat dan rasa susah untuk belajar sejarah. Saya permudahkan tajuk di atas dengan cara seperti berikut.

Bandar Terancang Tamadun Indus
Mohenjo Daro dan Harappa
Pekan Jeniang
Jalan raya yang lurus
Jalan raya yang lurus
Ada pusat pentadbiran
Ada MPSP
Ada pusat keagamaan
Ada masjid dan  wat
Sistem kumbahan terancang
Sistem kumbahan terancang
Bangunan disusun berasaskan blok
Bangunan disusun berasaskan blok
Setiap blok dipisahkan jalan raya
Setiap blok dipisahkan jalan raya
Bandar dihubungkan dengan sungai
Jeniang juga ada sungai
Menggunakan ilmu geometri dan math
Menggunakan ilmu geometri dan math
Ada kawasan perumahan
Taman Sri Emas

Saya membandingkan persekitaran pelajar dengan bandar terancang tamadun Indus.  Jalan- setiap hari gunakan jalan itu. Masjid- sembahyang di masjid. Sistem kumbahan- hari-hari buang sudah tentu boleh ingat.  Sungai- setiap hari lihat sungai, memancing, mandi dsb.

Ini merupakan satu lagi cara mudah untuk ingati fakta tanpa bersusah payah. Hanya kaitkan dengan persekitaran atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah bukan.
KAEDAH KEEMPAT- Penguasan Fakta Melalui Kaedah Rakan Fakta


 Aktiviti 1: Pelajar menjawab soalan objektif  yang sama seperti di aktiviti satu
dan mencatat ayat buku teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu tepat. Pelajar juga dikehendaki mencatat muka surat berdasarkan buku teks yang dirujuk. Semua catatan itu ditulis di bawah soalan di ruang yang telah disediakan Catatan itu sebagai tanda pelajar memperolehi jawapan tepat dan fakta yang akan diingati oleh pelajar. Pelajar juga akan membuat pembetulan jawapan  semasa aktiviiti dua ini.

Aktiviti 2: Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca dan Terlihatsemasa
mencari ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa, gambar, peta dan istilah penting. Semua catatan tersebut dipindahkan  ke dalam buku notan

Aktiviti 3: Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka surat yang diperolehi  dari buku teks.

  1. Contoh pelaksanaan.
1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh guru
      
 Soalan 1

Apakah tujuan British melaksanakan dasar penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
A  Mengukuhkan kedudukan politiknya.
B  Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu
C  Menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu
D  Mengawal penduduk di kawasan yang dikuasainya

Jawapan:_______
Ayat Buku Teks:___________________________________________
M.S:________

CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.

_______________________________________________________


1.2 Tugas pelajar

1.    Mencari jawapan dalam buku teks
2.    Menulis jawapan  A, B, C atau D
3.    Menulis ayat dalam buku teks
4.    Menulis muka surat
5.    Mencatat peristiwa, gambar, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.
6.    Pelajar bertukar-tukar  maklumat

Friday, 11 October 2013

PENERBITAN BULETIN SEJARAH SEKOLAH MENENGAH UNTUK MURID SPM TAHUN 2013 DAN 2014


Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerbitkan Buletin Sejarah Edisi 1/2013 untuk kegunaan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terdapat tiga (3) edisi bagi tahun 2013 (Edisi 1/2013, Edisi 2/2013 dan Edisi 3/2013) dan tiga (3) edisi lagi akan dilaksanakan pada tahun 2014.
Buletin tersebut boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM seperti berikut :

Klik link di bawah untuk muat turun buletin:
BULETIN SEJARAH

  • EDISI PERTAMA
KLIK
  • EDISI KEDUA
KLIK
  • EDISI KETIGA
KLIK

Monday, 30 September 2013

MAKLUMAN TEMA UMUM SEJARAH K3 SPM 2013



 Perhatian kepada semua pelajar. Di atas merupakan tema umum sejarah kertas 3 bagi tahun 2013.Pelajar diharapkan dapat membuat persediaan awal bagi menghadapi kertas 3 SPM Sejarah 2013. Hal ini disebabkan subjek Sejarah telah diwartakan sebagai subjek wajib lulus bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013.Harap maklum dan selamat berusaha.

Sunday, 22 September 2013

Kertas Percubaan Sejarah SPM 2013


Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Sejarah K1 + Skema
Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Sejarah K2 + Skema
Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Sejarah K3
Kertas Percubaan SPM 2013 Negeri Sembilan* Sejarah K1+ K2 + K3 + Skema  

Sumber: http://smjknh.edu.my/2013/09/17/spm2013-percubaan/

Kertas Percubaan SPM Kimia 2013

Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Kimia Kertas 1
Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Kimia Kertas 2
Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Kimia Kertas 3
Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Kimia – Skema Jawapan
Kertas Percubaan SPM 2013 Kedah Kimia K1 + Skema
Kertas Percubaan SPM 2013 Kedah Kimia K2 + Skema
 Kertas Percubaan SPM 2013 Negeri Sembilan* Chemistry K1+ K2 + K3+ Skema

Sumber: http://smjknh.edu.my/2013/09/17/spm2013-percubaan/

Kertas Percubaan Prinsip Perakaunan 2013


Kertas Percubaan SPM 2013 Kedah Prinsip Perakaunan K1 + Skema
Kertas Percubaan SPM 2013 Kedah Prinsip Perakaunan K2 + Skema
Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Prinsip Perakaunan K1

Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Prinsip Perakaunan K2 
Kertas Percubaan SPM 2013 SBP Prinsip Perakaunan SKEMA 

Sumber:http://smjknh.edu.my/2013/09/17/spm2013-percubaan/

Kertas Percubaan Bahasa Melayu 2013


Kertas Percubaan SPM 2013 Kedah Bahasa Melayu K1 + Skema
Kertas Percubaan SPM 2013 Kedah Bahasa Melayu K2 + Skema
Kertas Percubaan SPM 2013 SBP BM 1  + SBP BM 2

Kertas Percubaan SPM 2013 SBP SKEMA BM 1  + SKEMA SBP BM 2
Kertas Percubaan SPM 2013 MRSM BM 1 +  Skema
Kertas Percubaan SPM 2013 MRSM BM 2
Kertas Percubaan SPM 2013 Pulau Pinang BM 1 + BM 2
Kertas Percubaan SPM 2013 Pulau Pinang BM K1 + K2
Kertas Percubaan SPM 2013 Terengganu BM 2 + Skema BM1 + BM 2
Kertas Percubaan SPM 2013 Terengganu BM K2
Kertas Percubaan SPM 2013 YIK BM 1 dan BM 2
Kertas Percubaan SPM 2013 Negeri Sembilan* Bahasa Melayu K1+ K2 + Skema

Sumber:http://smjknh.edu.my/2013/09/17/spm2013-percubaan/

Tajuk Target Soalan Sejarah SPM 2013

Tema 7 : ( Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 )
Bab 1 : Maksud dan Ciri Tamadun / Tamadun Hwang Ho
Bab 2 : Peningkatan Tamadun ( Bidang Ekonomi dan Pendidikan/Perundangan
Bab3 : Kerajaan Agraria dan Kerajaan maritime  ( Monumen – SPM 2012 )
Tema 8 : ( bab 4, Bab 5, bab 6, bab 7 dan bab 8
Bab 4 :  SPM 2012
Bab 5 : Hijrah/Piagam Madinah/Penyebaran Islam/Pembukaan Semula Kota Makkah
Bab 6 : SPM 2012 – Pertembungan Tamafun Islam dengan Tamadun lain di dunia
Bab 7 : Penyebaran Islam di Asia Tenggara/Faktor penyebaran Islam/Teori Kedatangan Agama Islam
Bab 8 : Pengaruh Islam Terhadap sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional/ Pengaruh Ilsam dari segi gaya hidup
Tema 9 : Bab 9 dan bab 10
Bab 9 : Zaman Gelap/zaman Reformation  : SPM 2012 ( Revolusi Pertanian )
Bab 10 : Ekonomi dagangan ( Bijih Timah ) /Dasar British terhadap Pertanian/ Undang-Undang tanah
Tema 10 : Bab 1 dan Bab 2
Bab 1 : Pengenalan Birokrasi barat di Asia Tenggara – Thailand dan Filipina /Imperialisme di A.Tenggara
Bab 2 : Peranan Akhbar, Majalah dan Novel : pengerak nasionalisme di T. Melayu/Nasionalisme Persatuan Melayu/Gerakan islah
Tema 11 : Bab 3,4,5,6,7,8
Bab 3 : Latar Belakang Pembinaan Negara Bangsa/ sistem Jemaah menteri di Kelantan
Bab 4 : SPM 2012
Bab 5 : Pakatan Murni/ Sistem Ahli/Perjanjian Persekutuan tanah Melayu ( Suruhanjaya Reid )
Bab 6 : Reaksi dan langkah pembentukan Malaysia
Bab 7 : Pilihanraya di Malaysia/ Lambang –Lambang
Bab 8 : Dasar untuk Perpaduan ( bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan dan Sukan untuk perpaduan/Wawasan 2020
Tema 12 : Tema wajib bab 9
Bab 9 : Malaysia dalam Hubungan antarabangsa ( ASEAN ZOPFAN/ Cabaran Masa depan/Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin/ Dasar Luar Malaysia/Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa ( PBB, Komanwel dan OIC )

Sumber: http://cikgusejarah.blogspot.com/2013/07/tajuk-target-soalan-spm-2013.html

Sunday, 25 August 2013

SOALAN KERTAS 3 BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGS DAN SKEMA JAWAPAN


Tema/Tajuk: Malaysia dan kerjasama masyarakat antarabangsa
Soalan:Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa dan hubung kaitkannya dengan kemajuan negara Malaysia pada hari ini.
(Rujuki Buku Teks Tingkatan 5 muka surat 236-252)

Format
Aspek
Perincian
Markah Penuh
Pengenalan
Memahami asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia
1.      Pengenalan
Bincangkan latar belakang dasar luar Malaysia dan bentuk hubungan luar Malaysia.
5 markah
Isi dan huraian
Memahami perkembangan dasar luar Malaysia
2.      Perkembangan dasar luar Malaysia
Huraikan perkembangan dasar luar Malaysia mengikut tahap berikut:
     (a)    Tahap pertama
     (b)   Tahap kedua
     (c)    Tahap ketiga
30 markah

Menganalisis sumbangan dan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
3.      Sumbangan dan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
Terangkan sumbangan dan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa berikut:       
 (a)    Komanwel
     (b)   Pertubuhan   Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
     (c)    Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
15 markah

Mengaplikasi pertukaran lmu dan teknologi dengan negara luar dalam menjana kemajuan negara
4.      Pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar dalam menjana kemajuan negara
Bagaimana pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar dapat menjana kemajuan negara?






15 markah


Menilai kejayaan negara hasil hubungan dengan negara luar
5.      Kejayaan negara hasil hubungan dengan negara luar
Berdasarkan pemerhatian anda,kemukakan kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil hubungan dengan negara luar.
10 markah

Mencipta/menjana idea peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
6.      Peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
Pada pendapat anda,apakah peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju?
10 markah

Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotism yang diperoleh daripada sifat keterbukaan masyarakat Malaysia
7.      Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang diperoleh daripada sifat keterbukaan masyarakat Malaysia.
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang diperoleh daripada sifat keterbukaan masyarkat Malaysia
10 markah
Kesimpualan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan
8.      Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri,bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
5 markah


CADANGAN PERATURAN PEMARKAHAN

Wednesday, 7 August 2013

SOALAN MODUL UMUM LATIHAN BERFOKUS SPM SEJARAH KERTAS 3 DAN SKEMA JAWAPAN




Untuk makluman.Soalan ini akan menjadi soalan selaras bagi Peperiksaan Percubaan SPM Kertas 3 2013 di Pulau Pinang. 


PERATURAN PEMRKAHAN (MODUL LATIHAN BERFOKUS TINGKATAN 5)
Huraikan cirri-ciri negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan Malaysia pada hari ini.

Wednesday, 3 July 2013

TEKNIK MENJAWAB SEJARAH SPM 2013

A

Slide di atas adalah sumbangan daripada Encik Mohamed Nasar Bin  Ghose Mohamed ketika Program Didik Cemerlang PDCA di PKSW  (Pusat Kegiatan Sukan Westland).Terimakasih.

Monday, 24 June 2013

SOALAN KERTAS 3 BAB 8: PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN



Tema/Tajuk:11.3 Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Soalan:Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan pada tahun 1971 hingga 1990 telah memacu kemajuan ekonomi Malaysia sehingga kini.Bincangkan.

Peringatan:
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Format
Aspek
Perincian
Markah Penuh
Pengenalan
Memahami latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita.
1.      Pengenalan
Jelaskan secara umum latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita.
5 markah
Isi dan Huraian
Memahami Rancangan Pembangunan Lima Tahun
2.      Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Terangkan rancangan pembangunan lima tahun mengikut tahap:
       (a)    Tahap Pertama (15m)
       (b)   Tahap Kedua (15m)
30 markah
Menganalisis dasar pembangunan ekonomi dalam memajukan negara



 










3.      Dasar pembangunan ekonomi dalam memajukan negara
Terangkan dasar pembangunan ekonomi seperti berikut:
      (a)    Dasar Pertanian Negara
      (b)   Dasar Pensyarikatan Malaysia
      (c)    Dasar Penswastaan
      (d)   Dasar Hala Tuju Cara Baru
      (e)    Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
      (f)    Dasar Pendudukan
15 markah
Mengaplikasi matlamat Malaysia sebagai tumpuan pusat ekonomi antarabangsa
4.      Matlamat menjadikan Malaysia sebagai tumpuan pusat ekonomi antarabangsa
Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat terikan pelabur asing.
15 markah
Menilai kejayaan Malaysia dalam bidang ekonomi di peringkat antarabangsa
5.      Kejayaan Malaysia dalam bidang ekonomi di peringkat antarabangsa
Pada pendapat anda,apakah kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam bidang ekonomi di peringkat antarabangsa?
10 markah
Mencipta/Menjana idea usaha-usaha Malaysia ke arah menghadapi cabaran wawasan 2020
6.      Cabaran dan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020
     (a)    Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk merealisasikan Wawasan 2020.(5m)
      (b)   Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.(5m)
10 markah
Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada perkembangan ekonomi negara
7.      Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada perkembangan ekonomi negara.
Nyatakan nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara.

10 markah
Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan
8.      Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri,bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang
5 markah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...