Latihan Esei Sejarah Bab 1-Kelas 5 A/T



(a) Jelaskan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara sejak abad ke-16 lagi?

1.Geografi
2.Revolusi Perindustrian
3.Sistem perhubungan dan pengangkutan
4.Persaingan kuasa-kuasa Barat
5.Beban Orang Putih

1. Geografi
-Kedudukan yang strategik yang terletak di laluan China dan India
-Menjamin pasaran yang lebih luas
-Tanah yang subur
-Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti Tanah Melayu dan Indonesia- bijih timah,
-Thailand- bijih timah dan kayu jati
-Burma- kayu jati
-Filipina- tebu dan kelapa

2.Revolusi Perindustrian
Menyebabkan dasar imperialisme berubah.
Peringkat awal dasar kuasa barat menguasai barang dagangan mewah
Selepas revolusi perindustrian, pelbagai barang kilang dikeluarkan secara besar-besaran
Ini meningkatkan keperluan bahan mentah dan pasaran baru
Kesannya imperialisme Barat pesat di China, India dan Asia Tenggara

3.Sistem perhubungan dan pengangkutan
Kapal wap menyebabkan muatan lebih banyak diangkut
Mempercepatkan perjalanan Timur – Barat
Pembukaan Terusan Suez 1869 yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur
Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez menjadikan perjalanan lebih selamat & menjimatkan kos

4.Penciptaan telegraf- kuasa imperialis dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat
Ahli-ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur dan
urusan perniagaan menjadi lebih mudah
Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat

5.Persaingan kuasa-kuasa Barat
Kesannya negara di Asia Tenggara menjadi rebutan tanah jajahan
Semakin luas jajahan,
semakin tinggi sanjungan diterima
Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat.

6.Beban kulit putih dan tugas sebarkan tamadun
Mendakwa kuasa barat lebih maju dan bertamadun
Bertanggungjawab membantu dan memajukan penduduk di Asia
British & Belanda – beban kulit putih
Peranchis – tugas sebarkan tamadun
Mubaligh Kristian bertgjwb menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

(b) Nyatakan keistimewaan Asia Tenggara yang menarik minat kuasa-kuasa barat untuk menguasainya?
1. Kedudukan yang strategik kerana terletak di antara China dan India menarik minat
imperialisme Barat.
2. Tanahnya yang subur sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti tebu, kopi, kelapa, getah, kelapa sawit, dan tembakau.
3. Kawasan ini kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum
4. Penduduk yang ramai dengan pasaran yang luas.

(c ) Bagaimanakah peranan anda sebagai generasi muda hari ini dapat mengekalkan kedaulatan negara
F1…Mempunyai semangat cinta akan negara
F2…Mengukuhkan perpaduan
F3…Meningkatkan jati diri
F4…Menguasai ilmu pengetahuan
F5…Menguasai pelbagai kemahiran
F6…Menguasai sains dan teknologi
F7…Menjaga nama baik negara
F8…Meningkatkan keselamatan negara
F9…tidak terpengaruh dengan agenda kuasa asing.


2 (a) Dasar pentadbiran barat merupakan antara faktor tercetusnya gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.Jelasakan
F1…Rakyat tempatan tidak puasa hati [1m]
F2…Mereka tidak diberi peluang sewajarnya dalam pentadbiran moden [1m]
F3…Mereka terus kekal dalam ekonomi tradisional [1m]
F4…Rakyat ditindas bagi mencapai tujuan ekonomi penjajah [1m]
F5…Penjajah wujudkan jurang sosial [1m]
F6…Penjajah menganggap mereka berada dalam kelas tersendiri [1m]
F7…Penjajah hanya berdampingan sesama mereka [1m]
F8…Penjajah hanya bergaul dengan elit tempatam/bangsawan/pegawai kerajaan yang berpendidikan barat [1m]
F9…Penjajah mengamalkan dasar keterbukaan terhadap kemasukan imigran [1m]
F10…Imigran kuasai ekonomi[1m]
F11…Penjajah mengamalkan pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan [1m]
F12…Penjajah utamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar [1m]
F13…Penjajah hanya memberikan pendidikan tesendiri/diasingkan kepada golongan elit/bangsawan/penduduk Bandar [1m]
F14…Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah kepada rakyat tempatan.
F15…Pendidikan sekular/mubaligh mengancam sekolah tempatan [1m]
F16…Lepasan sekolah penjajah mudah mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah tempatan. [1m]


(b) Jelaskan peristiwa tentang perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Filipina
F1…Memimpin gerakan dakwah tahap pertama [1m]
F2…Mempunyai pengaruh yang kuat [1m]
F3…Disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan barat. [1m]
F4…Tuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol [1m]
F5…Tuntut bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti bangsa Sepanyol [1m]
F6…Tuntut bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara [1m]
F7…Tuntutannya kurang mendapat layanan/tindak balas penjajah [1m]
F8…Beliau teruskan perjuangan dan membentuk Liga Filipina 1892 [1m]
F9…Desak Sepanyol melakukan pembaharuan politik/ekonomi/sosial [1m]
F10…Menulis novel Noli Me Tangere/Jangan Sentuh Daku [1m]
F11…Novel ini cetuskan/jadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme [1m]

(c) Bagaimanakah semangat nasionalisme boleh terus dipupuk dalam kalangan generasi muda kita pada hari ini?
F1…Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. [1m]
F2…Mengukuhkan perpaduan antara kaum.[1m]
F3…Mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi [1m]
F4…Menjaga nama baik negara [1m]
F5…Bertolak ansur antara satu sama lain.[1m]
F6…gigih berusaha [1m]
F7…Mengamalkan prinsip Rukun Negara [1m]
F8…mengukuhkan jati diri [1m]
F9…Disiplin yang tinggi [1m]




CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE