Saturday, 2 February 2013

Surat Kiriman Tidak Rasmi T1K



Lengkapkan surat di bawah dengan perkataan yang sesuai berdasarkan perkataan yang disediakan di dalam kotak.
menemui
saudari
surat
gembira
terharu
kejayaan
hebat
berkongsi
usaha-usaha
terkejut
seawal
menyiapkan
topik
minda
coretan
membantu
mengulang kaji

melipatgandakan


  


             Nur Husnina bt Mohd Nor Husaini, No.42,Lorong CP5/46,
      Taman Cheras Perdana,43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan

25 March 2012

                ________________________sahabatku Nur Dhiya Irdina yang kini berada di Kedah semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri saya di sini,saya sihat Alhamdulillah.
_______________________
                Saya telahpun menerima________________saudari pada minggu yang lepas.Saya berasa sungguh _______________kerana saudari masih mengingati saya .Saya juga berasa _________________kerana saudari mengagumi ________________yang saya peroleh dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini seterusnya ingin mengetahui rahsia kejayaan saya.
                Saya bukanlah_________________seperti yang saudari sangkakan,bagaimanapun saya sudi_______________pengalaman dengan saudari sedikit sebanyak _______________yang telah saya lakukan untuk menikmati kejayaan.Selepas keputusan peperiksaan yang lepas selesai,saya berasa sungguh ______________kerana keputusan peperiksaan tersebut sungguh menyedihkan.Sejak hari itu,saya mula ________________usaha saya.
                Pada setiap hari saya akan bangun _________________jam 5.00 pagi untuk menelaah pelajaran.Setelah selesai solat Subuh,saya mula _______________diri untuk pergi ke sekolah.Di sekolah saya sering bertanya kepada guru________________yang tidak saya fahami.Selepas pulang dari sekolah,saya terus menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh guru .Pada pukul 5.00 petang,selesai solat Asar,saya merehatkan_______________saya dengan melakukan aktiviti riadah seperti bermain badminton.Saya mula mengulangkaji pelajaran pada pukul 8.00 hingga sepuluh malam.
Saudari,
                Selain_____________pelajaran,saya juga sentiasa berdoa kepada Allah semoga usaha-usaha yang saya lakukan mencapai hasilnya.Saya melakukan solat hajat pada malam hari.Di samping itu,saya tidak lupa_____________ibu dan ayah melakukan kerja-kerja rumah contohnya memasak dan mencucui kereta.Saya lakukan kerja-kerja tersebut dengan ikhlas dan berharap mendapat pahala daripada-Nya.
                Saya berharap saudari juga dapat mencontohi usaha-usaha yang saya lakukan semoga saudari juga menikmati kejayaan demi kejayaan bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Saya juga berharap kejayaan yang saya nikmati sekarang berkekalan.
                Sampai di sini sahaja_________________daripada saya,semoga kita bertemu di lain lembaran.Sampaikan salam saya kepada ayahanda dan bonda saudari.

Yang Ikhlas
Nina
                                                                                                                                                                                                                                               

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...