Friday, 22 March 2013

SOALAN ESEI BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA



Arahan: Jawab semua soalan
1.        
Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah yang tercetus pada penghujung abad ke-18

a)      Terangkan perkembangan yang membawa kepada pembentukan negara dan bangsa moden Eropah.                [8 markah]
b)      Jelaskan proses pembentukan negara bangsa Jerman pada abad ke-19                  [8 markah]
c)       Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,mengapakah proses pembentukan negara kita dikatakan berbeza dengan pembentukan negara lain di dunia?                                                      [4markah]

2.      


a)      Berdasarkan rajah di atas, terangkan ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
[8 markah]
b)      Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa yang dibina dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka
[8 markah]
c)       Apakah kepentingan perlembagaan dalam mewujudkan keharmonian masyarakat dalam sesebuah negara?
[4 markah]
3. Senarai undang-undang berikut  merujuk kepada perlembagaan bertulis.
·         Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
·         Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911

a)      Jelaskan persamaan yang terdapat dalam kedua-dua sistem perundangan di atas      [9 markah]
b)      Nyatakan unsure-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan oleh Negeri-Negeri Melayu?                                                                                                                              [6 markah]
c)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah kepentingan Undang-Undang Tubuh Kerajaan   Johor dan Terengganu?                                                                      [5 markah]

CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN ESEI BAB 3:KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA 

Wednesday, 13 March 2013

SOALAN KERTAS 3 BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Tema/Tajuk:11.1 Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Soalan:Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa pada zaman kesultanan Melayu Melaka dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan Malaysia pada hari ini.
Peringatan:
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Format
Aspek
Perincian
Markah Penuh
Pengenalan
Memahami latar belakang pembinaan negara dan bangsa
1.       Pengenalan
Jelaskan tentang latar belakang pembinaan negara dan bangsa.
5 markah


Isi dan Huraian
Memahami pembentukan negara dan bangsa Eropah.
2.       Pembinaan negara dan bangsa Eropah
Bincangkan latar belakang pembinaan negara dan bangsa berikut:
a)      Itali [15m]
b)      Jerman [5m]
c)       Kerajaan Islam di Madinah [5m]
d)      Negara Malaysia [5m]
30 markah
Menganalisis cirri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
3.       Ciri-ciri negara dan bangsa Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Huraikan cirri-ciri pembinaan negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
15 markah
Mengaplikasi kedudukan strategik dimanfaatkan demi kemajuan negara.
4.       Kedudukan starategik dimanfaatkan demi kemajuan negara.
Bagaimanakah masyarakat hari ini memanfaatkan kedudukan yang staregik di rantau AsiaTenggara bagi memajukan negara.
15 markah.
Menilai kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan kedudukan yang strategik di Asia Tenggara.
5.       Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan kedudukan yang startegik di Asia Tenggara.
Pada pendapat anda,apakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia setelah memanfaatkan kedudukan yang strategik di rantau Asia Tenggara?


10 markah
Mencipta/menjana idea untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
6.       Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
a)      Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara.[5markah]
b)      Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.[5 markah]
10 markah
Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada Kesultanan Melayu Melaka demi mamajukan Malaysia.
7.       Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme/daripada Kesultanan Melayu Melaka yang boleh diteladani demi kemajuan Malaysia.
10 markah
Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan
8.       Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh.
·         Iktibar kepada diri,bangsa dan negara.
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

5 markah.

Tuesday, 12 March 2013

Soalan Bahagian B: Bab 1 dan Bab 2 T5 (Koleksi soalan SPM sebenar)




Soalan 7 (b) Tahun 2005

Terangkan kesan imperialisme Barat ke atas Asia tenggara.[10 markah]
Jawapan
F1…Selepas pemeerintahan Sepanyol [1m]
H1a…Sepanyol telah memperkenalkan pentadbiran sama seperti yang diperkenalkan di Mexico [1m]
H1b…Paderi merupakan golongan yang berpengaruh dalam pentadbiran.[1m]
H1c…Gabenor Jeneral merupakan pemerintah tertinggi di Filipina [1m]
H1d…Mahkamah Agung dan Mahkamah Penyiasat merupakan dua badan yang membantu pentadbiran Gabenor Jeneral [1m].
H1e…Ketua Datuk Bandar yang berada di bawah Gabenor Jeneral bertanggungjawab terhadap pentadbiran wilayah.[1m]
H1f…Setiap wilayah terdiri daripada bandar-bandar yang ditadbir oleh Gabenor Kecil .[1m]
H1g…Undang-undang tempatan terutamanya undang-undang Islam tidak diberi ruang untuk dilaksanakan.
H1h…Gerakan Nasionalisme di Filipina tercetus semasa pentadbiran Amerika Syarikat[1m]
H1i…Amerika Syarikat terpaksa menjalankan dasar pentadbiran yang lebih liberal dengan memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam birokrasi  pentadbirannya di Filipina.[1m]
F2…Selepas kedatangan Belanda [1m]

Sunday, 10 March 2013

Soalan Bahagian B: Bab 1 dan Bab 2 T5 (Koleksi soalan SPM sebenar)


Soalan 7 (a) Tahun 2005
a)      Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tengggara antara abad ke-15 hingga awal abad ke-20?[10 markah]
Jawapan
F1…kekayaan bahan mentah [1m]
H1a…Asia Tenggara sememangnya kaya dengan bahan mentah berserta juga dengan mempunyai tanah yang subur yang sesuai dengan pelbagai tanaman.[1m]
H1b…Pihak barat memerlukan bahan mentah ini dalam revolusi Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah.[1m]
H1c…Bijih timah yang banyak terdapat di Tanah Melayu manakala getah sangat sesuai ditanam di Tanah Melayu,Filipina,dan Indonesia.[1m]
H1d…Getah asli sangat diperlukan oleh kilang-kilang tayar untuk kegunaan kereta dan kapal terbang[1m]
F2…Revolusi Perindustrian [1m]
H2a…Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat di Timur.[1m]
H2b…Pada kurun ke-15 dan 16,imperialisme kuasa Barat seperti Portugal,Sepanyol dan Belanda bertujuan untuk mendapatkan barang dagangan mewah seperti the dan rempah.[1m]
H2c…Sejak kurun ke-17,berlaku kepesatan sector perindustrian dalam kalangan negara-negara Eropah telah membolehkan pengeluaran hasil pengeluaran kilang yang pelbagai secara besar-besaran dan berterusan.[1m]
F3…Sistem pengangkutan dan perhubungan[1m]

BAB 3- KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA (NOTA 3)


Warisan Negeri-negeri Melayu
1. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap.Perlembagaan ini dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada 1895.
2. Perlembagaan ini mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta,pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor,dan agama Islam sebagai agama negeri.
3. Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Johor,raja hendaklah berbangsa Melayu,lelaki beragama Islam,dan waris pemerintah Johor.
4. Raja,Menteri,dan jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
5. Raja berhak memilih Menteri Besar,manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.
6. Menurut perlembagaan ini,Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua,iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.
7. Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dipengerusikan oleh Menteri Besar dan berfungsi membantu Raja dan jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat.
8. Jemaah Menteri pula mempunyai kuasa perlaksanaan terdiri daripada lapan hingga dua belas orang pegawai kanankerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri.Mereka haruslah berbangsa Melayu ,beragama Islam ,dan rakyat Johor.

Kelantan-Sistem Jemaah Menteri
1. Kelantan telah mengamalkan Sistem Jemaah Menteri seja pemerintahan Sultan Muhammad I dengan tujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan.
2. Terdapat lapan badan jemaah menteri dan setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.


Terengganu-Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
1. Pada tahun 1911 Sultan Zainal Abidin III telah meluluskan undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu yang dikenali sebagai Ittiqanilmuluk bita’dil ilSuluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan.
2. Undang-undang ini berasaskan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor,dan diperkenalkan untuk menghalang British meluaskan kuasanya di Terengganu.
3. Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam,berbangsa Melayu,lelaki dan waris sultan yang memerintah Terengganu.
4. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.Menteri yang menganggotai mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam,berbangsa Melayu,rakyat Terengganu serta mengaku taat setia kepada Sultan dan Kerajaan.
5. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu sultan dan jemaah Menteri untuk mentadbir negeri,menggubal undang-undang,dan peraturan negeri,menjaga kebajikan rakyat,menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.

Negeri Sembilan-Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan
1. Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yang bentuknya mirip persekutuan dan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih.
2. Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah,diikuti oleh Buapak,Lembaga,Undang yang kemudiannya melantik yang Dipertuan Besar.
3. Ketua setiap Luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.Lembaga merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
4. Di bawah Lembaga ialah Buapak yang merupakan Ketua Perut dan setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.
5. Sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsure Demokrasi yang mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku.

BAB 3- KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA (NOTA 2)



Pembentukan Negara Itali dan Jerman
1.       Count Camillo Benso di Cavour telah berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara dengan menggunakan amalan realpolitik.
2.       Camillo Benso di Cavour telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III bagi menentang Austria sehingga berjaya mengalahkan Austria.
3.       Di Jerman,Otto Von Bismarck telah mengamalkan real politik serta politik darah dan besi bagi menyatukan negaranya pada 1871.
4.       Bismarck telah menggunakan taktik tipu helah,pemalsuan dokumen,penipuan dan ugutan bagi mencapai tujuan menyatukan Jerman melalui peperangan.
Ciri-ciri Negara Bangsa
1.       Proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia berasaskan empat cirri utama iaitu negara,bangsa,kerajaan dan perlembagaan.
2.       Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk,sempadan,dan pemerintah yang berwibawa.
3.       Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,Sarawak dan Sabah.
4.       Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
5.       Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa,adat resam,kesenian,dan pengalaman sejarah.
6.       Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar tersebut serta bertindak selaku pengaman,dan penentu arah kehidupan masyarakat.
7.       Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman.
8.       Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan untuk mentadbir dan memerintah sebuah negara.
9.       Di Malaysia,perlembagaan ialah peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara dengan tujuan untuk memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.
Ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka
a)      Setiap negara mempunyai wilayah.
b)      Kedaulatan
c)       Negara atau pemerintah
d)      Lambang Negara
e)      Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat seperti nobat,warna,bahasa,undang-undang,protocol,dan adat istiadat istana.
f)       Keunggulan undang-undang
g)      Rakyat
h)      Kerajaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...