BAB 3- KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA (NOTA 2)



Pembentukan Negara Itali dan Jerman
1.       Count Camillo Benso di Cavour telah berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara dengan menggunakan amalan realpolitik.
2.       Camillo Benso di Cavour telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III bagi menentang Austria sehingga berjaya mengalahkan Austria.
3.       Di Jerman,Otto Von Bismarck telah mengamalkan real politik serta politik darah dan besi bagi menyatukan negaranya pada 1871.
4.       Bismarck telah menggunakan taktik tipu helah,pemalsuan dokumen,penipuan dan ugutan bagi mencapai tujuan menyatukan Jerman melalui peperangan.
Ciri-ciri Negara Bangsa
1.       Proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia berasaskan empat cirri utama iaitu negara,bangsa,kerajaan dan perlembagaan.
2.       Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk,sempadan,dan pemerintah yang berwibawa.
3.       Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,Sarawak dan Sabah.
4.       Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
5.       Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa,adat resam,kesenian,dan pengalaman sejarah.
6.       Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar tersebut serta bertindak selaku pengaman,dan penentu arah kehidupan masyarakat.
7.       Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman.
8.       Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan untuk mentadbir dan memerintah sebuah negara.
9.       Di Malaysia,perlembagaan ialah peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara dengan tujuan untuk memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.
Ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka
a)      Setiap negara mempunyai wilayah.
b)      Kedaulatan
c)       Negara atau pemerintah
d)      Lambang Negara
e)      Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat seperti nobat,warna,bahasa,undang-undang,protocol,dan adat istiadat istana.
f)       Keunggulan undang-undang
g)      Rakyat
h)      Kerajaan

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE