BAB 3- KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA (NOTA 3)


Warisan Negeri-negeri Melayu
1. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap.Perlembagaan ini dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada 1895.
2. Perlembagaan ini mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta,pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor,dan agama Islam sebagai agama negeri.
3. Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Johor,raja hendaklah berbangsa Melayu,lelaki beragama Islam,dan waris pemerintah Johor.
4. Raja,Menteri,dan jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
5. Raja berhak memilih Menteri Besar,manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.
6. Menurut perlembagaan ini,Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua,iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.
7. Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dipengerusikan oleh Menteri Besar dan berfungsi membantu Raja dan jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat.
8. Jemaah Menteri pula mempunyai kuasa perlaksanaan terdiri daripada lapan hingga dua belas orang pegawai kanankerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri.Mereka haruslah berbangsa Melayu ,beragama Islam ,dan rakyat Johor.

Kelantan-Sistem Jemaah Menteri
1. Kelantan telah mengamalkan Sistem Jemaah Menteri seja pemerintahan Sultan Muhammad I dengan tujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan.
2. Terdapat lapan badan jemaah menteri dan setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.


Terengganu-Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
1. Pada tahun 1911 Sultan Zainal Abidin III telah meluluskan undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu yang dikenali sebagai Ittiqanilmuluk bita’dil ilSuluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan.
2. Undang-undang ini berasaskan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor,dan diperkenalkan untuk menghalang British meluaskan kuasanya di Terengganu.
3. Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam,berbangsa Melayu,lelaki dan waris sultan yang memerintah Terengganu.
4. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.Menteri yang menganggotai mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam,berbangsa Melayu,rakyat Terengganu serta mengaku taat setia kepada Sultan dan Kerajaan.
5. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu sultan dan jemaah Menteri untuk mentadbir negeri,menggubal undang-undang,dan peraturan negeri,menjaga kebajikan rakyat,menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.

Negeri Sembilan-Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan
1. Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yang bentuknya mirip persekutuan dan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih.
2. Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah,diikuti oleh Buapak,Lembaga,Undang yang kemudiannya melantik yang Dipertuan Besar.
3. Ketua setiap Luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.Lembaga merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
4. Di bawah Lembaga ialah Buapak yang merupakan Ketua Perut dan setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.
5. Sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsure Demokrasi yang mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku.

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE