BAB 3 :SOALAN STRUKTUR (KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA)


Bab 3 :Soalan Struktur (Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa)

Bahagian A
1.      Konsep negara dan bangsa tercetus di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19
Jelaskan konsep negara bangsa secara ringkas (1m)
Jawapan
Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah

(a)    Nyatkan tiga peristiwa yang mencetuskan konsep idea ini di Barat.(3m)
Jawapan
Revolusi Inggeris 1688
Perang Kemerdekaan Amerika 1776.
Revolusi Perancis 1789.

(b)   Namakan negara-negara baru yang terbentuk hasil daripada perpecahan empayar Austria-Hungary dan Turki? (4m)
Jawapan
Estonia
Finland
Latvia
Lithuania
Poland
Yugoslavia

(c)    Nyatakan dua peristiwa penting yang menjurus ke arah pembentukan negara dan bangsa Malaysia.(2m)
Jawapan
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 menerusi gabungan Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.

2.      Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu telah diperkenalkan pada tahun 1911 berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
(a)    Siapakah Sultan Terengganu yang mula-mula memperkenalkan undang-undang ini?(1m)
Jawapan
Sultan Zainal Abidin III (1881-1918)

(b)   Jelaskan maksud ‘Ittiqan-Ilmuluk bi-ta’dil il-suluk’(1m)
Jawapan
Keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan.

(c)    Nyatakan tujuan utama pemerintah Terengganu memperkenalkan perlembagaan bertulis tersebut.(2m)
Jawapan
Untuk memantapkan sistem pentadbiran kerajaan negeri .
Untuk menghalang Britih meluaskan kuasanya di Terengganu.

(d)   Nyatakan persamaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911. (3m)
Jawapan
Pemerintah mesti lelaki beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Merupakan waris Sultan yang memerintah Terengganu

(e)    Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut di negeri Terengganu?
Jawapan
Memantapkan pentadbiran negeri.
Mengekalkan kedaulatan negeri daripada perluasan pengaruh British.
Memodenkan sistem pentadbiran negeri.


Yang Dipertuan Besar
X
Y
Z
Anak Buah







(a)    Isikan rajah di atas dengan jawapan yang sesuai (3m)
Jawapan
X:Undang
Y:Lembaga
Z:Buapak

(b)   Mengapakah Negeri Sembilan dikatakan sebuah negeri persekutuan?(1m)
Jawapan
Kerana terdapat Sembilan buah negeri yang bergabung membentuk Negeri Sembilan.

(c)    Nyatakan enam dari negeri-negeri yang bergabung membentuk Negeri Sembilan?
Jawapan
Rembau
Johol
Jempol
Seri Menanti
Inas
Terachi
Gunung Pasir

(d)   Nyatakan kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan cirri-ciri unik yang terdapat pada sistem pentadbiran Negeri Sembilan? (3m)
Jawapan
Terdapat pengagihan kuasa kepada individu mengikut peringkat.Sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsure demokrasi.Mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku semasa memilih pemimpin.






















CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE