Sunday, 10 March 2013

Soalan Bahagian B: Bab 1 dan Bab 2 T5 (Koleksi soalan SPM sebenar)


Soalan 7 (a) Tahun 2005
a)      Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tengggara antara abad ke-15 hingga awal abad ke-20?[10 markah]
Jawapan
F1…kekayaan bahan mentah [1m]
H1a…Asia Tenggara sememangnya kaya dengan bahan mentah berserta juga dengan mempunyai tanah yang subur yang sesuai dengan pelbagai tanaman.[1m]
H1b…Pihak barat memerlukan bahan mentah ini dalam revolusi Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah.[1m]
H1c…Bijih timah yang banyak terdapat di Tanah Melayu manakala getah sangat sesuai ditanam di Tanah Melayu,Filipina,dan Indonesia.[1m]
H1d…Getah asli sangat diperlukan oleh kilang-kilang tayar untuk kegunaan kereta dan kapal terbang[1m]
F2…Revolusi Perindustrian [1m]
H2a…Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat di Timur.[1m]
H2b…Pada kurun ke-15 dan 16,imperialisme kuasa Barat seperti Portugal,Sepanyol dan Belanda bertujuan untuk mendapatkan barang dagangan mewah seperti the dan rempah.[1m]
H2c…Sejak kurun ke-17,berlaku kepesatan sector perindustrian dalam kalangan negara-negara Eropah telah membolehkan pengeluaran hasil pengeluaran kilang yang pelbagai secara besar-besaran dan berterusan.[1m]
F3…Sistem pengangkutan dan perhubungan[1m]
H3a…Penggunaan kapal wap membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepat perjalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dan Barat.[1m]
H3b…Pada tahun 1896,pembukaan terusan Suez telah memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana tidak perlu melalui banua Afrika.[1m]
H3c…Pembukaan terusan Suez dan penggunaan kapal wap membolehkan kos dijimatkan dan perjalanan lebih selamat.[1m]
H3d…Perhubungan antara Timur dan Barat telah mencipta era baru setelah penciptaan telegraf[1m]
H3e…Arahan oleh kuasa-kuasa imperialis Barat kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dapat diberi dengan lebih cepat dan berkesan.[1m]
H3f…Manakala ahli-ahli perniagaan di Barat pula dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur[1m]
H3g…Perdagangan antarabangsa dapat berkembang dengan lebih pesat kerana urusan perniagaan dapat berjalan lancar.
F4…Persaingan kuasa barat[1m]
H4a…Dasar imperialisme barat adalah alat yang digunakan untuk mencapai cita-cita politik Barat demi untuk menjamin kepentingan nasional,khususnya kekuatan strategik dan imej negara yang terlibat.[1m]
H4b…Imperialisme adalah aktiviti untuk meningkatkan imej dan kemegahan negara.[1m]
H4c…Jika semakin banyak tanah jajahan diperoleh,maka semakin dipandang tinggi dan dihormati.[1m]
H4d…Ini menyebabkan negara-negara Barat berlumba-lumba untuk menjadi kuasa besar[1m]
H4e…Kewujudan sesebuah kuasa besar sering dikaitkan dengan keluasan tanah jajahan yang dimiliki[1m]
H4f…British berusaha untuk mengambil keempat-empat Negeri-Negeri  Melayu Utara atas dasar kebimbangan terhadap pengaruh kuasa-kuasa lain seperti Perancis;Jerman dan Itali.
H4g…Manakala di Burma pula British sanggup menghadapi tiga siri peperangan dengan rakyat Burma iaitu Perang Inggeris Burma pertama,kedua,dan ketiga kerana kebimbangan terhadap pengaruh Perancis.
F5…Beban Orang Putih[1m]
H5a… British dan Amerika Syarikat selalu menggunakan slogan “Beban Orang Putih” dalam menjalankan imperialisme mereka.[1m]
H5b…Kedua-dua kuasa ini selalu berasa diri mereka lebih maju dan bertamadun jadi adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mentamadunkan orang lain.[1m]
H5c…Terutamanya orang-orang di Timur,mereka bertanggungjawab untuk memimpin dan membawa kea rah kehidupan yang sejahtera.[1m]
H5d…Manakal orang Perancis pula berpegang kepada slogan “menyebarkan tamadun”yang bermaksud menjadi tugas bangsa Perancis untuk mentamadunkan orang-orang Timur[1m]
H5e…Mubaligh Kristian juga berpendapat adalah menjadi tugas mereka menyebarkan agama Kristian kepada penduduk setempat yang dijajah mereka[1m]
[Maksimum:10 markah]

Bersambung…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...