Soalan Bahagian B: Bab 1 dan Bab 2 T5 (Koleksi soalan SPM sebenar)




Soalan 7 (b) Tahun 2005

Terangkan kesan imperialisme Barat ke atas Asia tenggara.[10 markah]
Jawapan
F1…Selepas pemeerintahan Sepanyol [1m]
H1a…Sepanyol telah memperkenalkan pentadbiran sama seperti yang diperkenalkan di Mexico [1m]
H1b…Paderi merupakan golongan yang berpengaruh dalam pentadbiran.[1m]
H1c…Gabenor Jeneral merupakan pemerintah tertinggi di Filipina [1m]
H1d…Mahkamah Agung dan Mahkamah Penyiasat merupakan dua badan yang membantu pentadbiran Gabenor Jeneral [1m].
H1e…Ketua Datuk Bandar yang berada di bawah Gabenor Jeneral bertanggungjawab terhadap pentadbiran wilayah.[1m]
H1f…Setiap wilayah terdiri daripada bandar-bandar yang ditadbir oleh Gabenor Kecil .[1m]
H1g…Undang-undang tempatan terutamanya undang-undang Islam tidak diberi ruang untuk dilaksanakan.
H1h…Gerakan Nasionalisme di Filipina tercetus semasa pentadbiran Amerika Syarikat[1m]
H1i…Amerika Syarikat terpaksa menjalankan dasar pentadbiran yang lebih liberal dengan memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam birokrasi  pentadbirannya di Filipina.[1m]
F2…Selepas kedatangan Belanda [1m]

H2a…Pemerintahan Belanda di Indonesia dijalankan secara tidak langsung melalui raja-raja dan pembesar tempatan [1m]
H2b…Tidak berlaku campur tangan dalam institusi pentadbiran tradisional walaupun berlaku campurtangan yang jelas dalam aktiviti ekonomi tempatan.[1m]
H2c…Pentadbiran Belanda di Indonesia terbahagi kepada dua[1m]
C2a…Pentadbiran pusat[1m]
                -Diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terhadap kerajaan Belanda[1m]
                -Gabenor Jeneral pula dibantu oleh Dewan Hindia Timur,iaitu sebuah badan penasihat[1m]
C2b…Pentadbiran tempatan[1m]
-Merupakan pentadbiran rendah yang dijalankan oleh pembesar tempatan di bawah pengawasan pegawai-pegawai Belanda[1m].
H2d…Beberapa jabatan kerajaan telah ditubuhkan seperti Jabatan Pelajaran pada 1867 dan Jabatan Pertanian pada 1905 [1m]
F3…Selepas kedatangan British [1m]
H3a…British berjaya menguasai Burma setelah berjaya dalam Perang Inggeris-Burma III tahun 1886 [1m]
H3b…Penguasaan ini mengakibatkan tersingkirnya institusi raja di Burma.
H3c…Pemerintahan tertinggi Burma ialah Pesuruhjaya Tinggi British yang ditempatkan di Rangoon[1m]
H3d…Institusi Hluttaw atau Majlis Diraja telah kehilangan fungsi [1m]
H3e…Jawatan-jawatan tradisi seperti Wun,Myothughi,Ahmudan,dan Athi dimansuhkan [1m].
H3f…Permulaan pentadbiran bercorak birokrasi di Burma.Apabila Akta Kampung Hulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 diperkenalkan.Kedua-dua akta tersebut telah melenyapkan sistem pentadbiran tradisional Burma[1m]
H3g…Pentadbiran daerah diambil oleh Myo-oks,iaitu Pegawai Bandaran yang merupakan pegawai pentadbiran awam.[1m]
H3h…Sistem undang-undang Barat diperkenalkan dan dijadikan undang –undang utama.[1m]
H3i…Undang-undang Barat mengambil alih fungsi raja sebagai penaung sami-sami Buddha[1m]
H3j…Ini menyebabkan pengaruh golongan agama-agama merosot[1m]
H3k…Sistem undang-undang yang sedia ada juga semakin hilang fungsinya.[1m]
H3l…Diperkenalkan juga Majlis Perundangan [1m]
H3m…Jabatan Perhutanan,kesihatan dan Pelajaran diwujudkan[1m]
H3n…Balai polis dan kem tentera dibina [1m]
H3o…Seramai 40500 tentera asing telah dibawa masuk pada tahun 1887[1m]
H3p…Kedudukan British diperkukuhkan dan pengeksploitasi an ekonomi dapat dijalankan dengan mudah[1m].
[Maksimum:10markah]


CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE