Monday, 1 April 2013

Format dan Pemarkahan Rumusan Bahasa Melayu SPM


Soalan 1 dalam kertas 2 merupakan soalan Rumusan. Soalan 2(a) iaitu Petikan Umum ada kaitan dengan soalan 1 kerana menggunakan petikan yang sama. Markah soalan 1 ialah 30 markah iaitu 20 markah isi dan 10 markah bahasa. Markah isi boleh dipecahkan lagi kepada 4 bahagian. Secara mudahnya pembahagian markah ialah 2 markah pendahuluan, 12 markah isi tersurat, 4 markah isi tersirat dan 2 markah penutup. Pembahagian markah untuk isi (tersurat dan tersirat) boleh berubah mengikut bilangan isi. Walau bagaimanapun, jumlah markah keseluruhan kombinasi isi tersurat dan tersirat tidak melebihi 16 markah. Jadual di bawah menunjukkan markah yang diperuntukkan.

Bahagian

Markah

Markah

Pengenalan/Pendahuluan

 

2

Isi Tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

16

Isi Tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

Penutup/Kesimpulan

 

2

Jumlah Maksimum

20


Oleh sebab markah diberikan kepada 4 bahagian jawapan, elok kiranya penulisan rumusan disusun kepada 4 perenggan. Hal ini bukan sahaja untuk kekemasan malahan untuk memudahkan pemeriksa kertas Bahasa Melayu menyemak kertas jawapan calon. Para pelajar perlu mematuhi arahan soalan rumusan, iaitu menulis sehingga 120 patah perkataan. Sebabnya ialah pemeriksa hanya akan menyemak sehingga 120 patah perkataan sahaja walaupun anda menulis sehingga 200 patah perkataan. Untuk makluman anda, pemeriksa akan mengira jumlah perkataan dalam jawapan anda sehingga 120 patah kata sahaja. Selebihnya tidak akan disemak. Oleh itu, wajarlah anda mengetahui kata yang dikira satu perkataan dan yang bukan dikira satu perkataan. 

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :
  • nama khas 
  • perkataan berulang 
  • penggunaan kata depan di dan ke
  • tarikh 
  • angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan 
  • gelaran 
  • SUMBER: http://makhfi5.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...