SOALAN KERTAS 3 BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGS DAN SKEMA JAWAPAN


Tema/Tajuk: Malaysia dan kerjasama masyarakat antarabangsa
Soalan:Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa dan hubung kaitkannya dengan kemajuan negara Malaysia pada hari ini.
(Rujuki Buku Teks Tingkatan 5 muka surat 236-252)

Format
Aspek
Perincian
Markah Penuh
Pengenalan
Memahami asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia
1.      Pengenalan
Bincangkan latar belakang dasar luar Malaysia dan bentuk hubungan luar Malaysia.
5 markah
Isi dan huraian
Memahami perkembangan dasar luar Malaysia
2.      Perkembangan dasar luar Malaysia
Huraikan perkembangan dasar luar Malaysia mengikut tahap berikut:
     (a)    Tahap pertama
     (b)   Tahap kedua
     (c)    Tahap ketiga
30 markah

Menganalisis sumbangan dan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
3.      Sumbangan dan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
Terangkan sumbangan dan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa berikut:       
 (a)    Komanwel
     (b)   Pertubuhan   Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
     (c)    Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
15 markah

Mengaplikasi pertukaran lmu dan teknologi dengan negara luar dalam menjana kemajuan negara
4.      Pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar dalam menjana kemajuan negara
Bagaimana pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar dapat menjana kemajuan negara?






15 markah


Menilai kejayaan negara hasil hubungan dengan negara luar
5.      Kejayaan negara hasil hubungan dengan negara luar
Berdasarkan pemerhatian anda,kemukakan kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil hubungan dengan negara luar.
10 markah

Mencipta/menjana idea peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
6.      Peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
Pada pendapat anda,apakah peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju?
10 markah

Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotism yang diperoleh daripada sifat keterbukaan masyarakat Malaysia
7.      Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang diperoleh daripada sifat keterbukaan masyarakat Malaysia.
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang diperoleh daripada sifat keterbukaan masyarkat Malaysia
10 markah
Kesimpualan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan
8.      Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri,bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
5 markah


CADANGAN PERATURAN PEMARKAHAN
Nombor
Isi dah Huraian
Markah
1
Pengenalan
Latar belakang dasar luar Malaysia dan bentuk hubungan luar Malaysia
Latar belakang dasar luar Malaysia
...Malaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.
...Mengekalkan kedaulatan negara.
...Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
...Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
...dasar luar Malaysia bertujuan menjamin keselamatan rakyat dan negara
...Memelihara kepentiangan nasional.
...Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Bentuk hubungan luar Malaysia
...Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilateral.
...Merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu.
...Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran termasuk Singapura,Indonesia,Thailand,dan Vietnam.
...Hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain,Amerika Latin, Afrika, Asia Barat, dan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
...Hubungan multilateral merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan.
...seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau Association of South-East Asian Nations (ASEANS),Komanwel,Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisations of Islamic Conference (OIC),Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Alligned Movement (NAM) dan sebagainya
5 markah
2
Perkembangan dasar luar Malaysia
(a)    Tahap Pertama (Tunku Abdul Rahman 1957-1970)
...Dasar luar Malaysia pada tahap ini memeperlihatkan dasar pro-Barat dan antikomunis.
...Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.
...Dasar luar pada tahap ini yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Faktor Politik
...Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan di Malaysia oleh Parti Komunis Malaya.
...Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutamanya Britain, Australia dan New Zealand.
...Pada tahun 1956, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis.
...Mengikut perjanjian ini,Britain akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Faktor Sosial
...Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran kerana timbul krisis dengan negara jiran selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti Konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965)
...Terputusnya hubungan diplomatik dengan Filipina (1963-1965)
...Singapura keluar daripada Malaysia (1965)
...Usaha-usaha Malaysia dalam memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian untuk menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina.
...MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina
...ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand,Indonesia,Filipina,dan Singapura.

Faktor Ekonomi
...Malaysia bergantung kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonominya.
...Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang sterling.
...Malaysia masih lagi member tumpuan pada dua hasil utamanya iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.
...Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutamanya dalam bidang perladangan dan perindustrian.
...Malaysia membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,Jepun,Singapura,dan Jerman Barat.
...Bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan sebagai langkah untuk mencari pasaran baru.

(b)   Tahap Kedua (Tun Abdul Razak 1972-1976 dan Tun Hussein Onn 1976-1981)
...Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
...Kurangnya peranan yang dimainkan oleh Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA)
...Kurangnya pengaruh Britain di Timur.
...Berlakunya pergolakan politik di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu  Amerika Syarikat dan China.
...Beberapa usaha telah dilakukan oleh Malaysia seperti mengisytiharkan Zon Aman Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace,Freedom, and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN)
...Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China,Jerman Timur,Korea Utara,Vietnam dan Mongolia.
...Pada tahun 1976, Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam.
...Hubungan ini membolehkan Malaysia mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia.
...Membuktikan kesungguhan Malaysia menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya negara jiran.
(c)    Tahap Ketiga (Tun Dr. Mahathir Mohamad 1981-2003)
...Dasar luar pada tahap ini mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
...Tetapi member penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan,pelaburan,dan pembangunan terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun.
...Dalam mencapai matlamt ini ,Malaysia mengadakan hubungan ang lebih erat dengan negara-negara ASEAN
...Seperti ,emyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
...Pada tahun 1982,Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dengan menggunakan negara Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.
...Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai baik.
...Contohnya semangat mencintai negara,kesungguhan dalam pekerjaan,dan etika pengurusan kerja yang baik.
...Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad ke negara Afrika,Amerika Selatan,Carribean,dan Pasifik Selatan.
...Dalam setiap lawatannya,misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
...Tun Dr Mahathir percaya bahawa Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan diplomatic dan perdagangan dengan negara maju sahaja
...Tetapi juga dengan negara-negara Dunia Ketiga.


30 markah
3
Sumbangan dan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
Hubungan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
(a)   Komanwel
...Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931
...Anggotanya terdiri daripada negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka.
...Keanggotaan Komanwel terdiri daripada 54 buah negara anggota daripada negara maju dan negara sedang membangun
...pada tahun 1965,Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan dan beribu pejabat di London
...Matlamat Komanwel untuk membina semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota.
...Mewujudkan kerjasama dalam semua bidang
...Faedah-faedah yang diperoleh Malaysia daripada Komanwel antaranya kerjasama pertahanan.
...Selepas merdeka,negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia dalam memelihara keamanan dan kedaulatan negara dengan menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
...Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain,Australia dan New Zealand.
...Selain menjanjiakan bantuan daripada mereka kepada Malaysia apabila Malaysia diserang oleh mana-mana pihak seperti semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia.
...Keistimewaan perdagangan
...Dari segi perdagangan,eksport Malaysia ke negara-negara komanwel terutamanya Britain telah dikenakan cukai yang rendah
...Keistimewaan ini terhakis apabila Britain menyertai pertubuhan Kesatuan Eropah (EU)
...Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
...Sumbangan Malaysia kepada Komanwel ialah menjadi tuan rumah Mesyuarat Ktua-Ketua Kerajaan Komanwel
...Malaysia menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989 di Kuala Lumpur
...Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau Commanwealth Head Of Government Meeting (CHOGM) diadakan dalam kalangan negara anggota setiap dua tahun sekali.
...Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama
...Pengisytiharan Deklarasi Langkawi
...Deklarasi Langkawi diisytiharkan dalam mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989
...Deklarasi Langkawi merupakan persetujuan yang ditandatangani di Langkawi berhubung dengan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam menagawal dan mengatasi masalah pencemaran.
...Menentang Dasar Apartheid
...Malaysia dengan lantang bersuara tentang dasar apartheid  di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia
...Sukan Komanwel
...Malaysia berjaya menganjurkan Sukan komanwel pada tahun 1998.

(b)   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
...PBB ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1945 iaitu selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua.
...Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco tetapi pada tahun 1946 ibu pejabat ini berpindah ke New York
...Pada awal penubuhannya,PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002,keanggotaannya meningkat kepada 189 buah negara
...Malaysia menyertai PBB pada tahun 1957 setelah mencapai kemerdekaan
...Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB iaitu menjamin keamanan dan keselamatan dunia
...Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota
...Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna kulit.
...Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

Sumbangan Malaysia dalam PBB
Politik
...Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
...Sejak tahun 1960,Malaysia dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (Zaire)
...Pada tahun 1989,Malaysia mewakili pasukan pendamai PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan
...Pada tahun 1990-an,Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
...Menentang Dasar Apartheid
...Malaysia lantang bersuara di PBB bagi menentang dasar apartheid di Afrika Selatan juga
...Isu Benua Antartika
...Malaysia menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara
...Ahli Majlis Keselamatan PBB
...Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965,1989, dan 1999
...Wakil Malaysia ke PBB
...Tan Sri Razali Ismail,wakil Malaysia ke PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

Ekonomi
...Ahli Bank Dunia
...Malaysia menjadi ahli Bank Dunia iaitu bank antarabngsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945
...Matlamat Bank Dunia ialah membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutamanya dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomim negara.

Sosial
...Isu Penyalahgunaan Dadah
...Malaysia mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah
...Hasil daripada usaha Malaysia,satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun,1987
...dan Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan itu
...Malaysia telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB
...seperti bekerasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Agricultural Organization (FAO)
...Bekerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO)
...Bekerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization
...Bekerjasama dalam bidang Sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Budaya bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational,Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Faedah yang diperoleh Malaysia daripada PBB
...Bantuan Bank Dunia
...Malaysia menggunakan bantuan daripada Bank Dunia
...Bertujuan memajukan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan
...Kemasukan pelabur asing
...Diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan menyediakan peluang pekerjaan.

(c)    Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
...OIC ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Tunku Abdul Rahman
...OIC beribu pejabat di Jeddah,Arab Saudi
...Semasa ditubuhkan,ahli OIC terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai pemerhati
...Matlamat utama OIC adalah untuk mengeratkan hubungan sesame negara Islam dalam segala bidang
...Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
...Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.
...Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.

Peranan OIC
...OIC banyak member bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah
...Seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan,Bosnia,dan Afghanistan.
...Bantuan dalam bentuk kewangan diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan,Nigeria dan Chad.
...OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam untuk memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota

Sumbangan Malaysia kepada OIC
...Setiausaha Agung OIC
...Tunku Abdul Rahman telah diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
...Isu Iran-Iraq
...Malaysia menjadi perantaraan dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
...Isu Palestin
...Malaysia memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.
...Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003
...Menganjurkan persidangan
...Pada tahun 2002,Malaysia menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam
...Tawaran biasiswa
...Malaysia menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
...Penggunaan Dinar Emas
...Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.

Faedah yang diperoleh daripada OIC
...Pinjaman wang
...Malaysia mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
...Penubuhan UIAM
...OIC telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
...Penghormatan
...Malaysia mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam


15 markah
4
Pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar dapat menjana kemajuan negara
...Melahirkan masyarakat yang kreatif
...Melahirkan masyarakat yang berdaya saing
...Melahirkan insane yang inovatif
...Melahirkan warganegara yang berfikiran terbuka
...Meningkatkan pemikiran
...Meningkatkan pelbagai kemahiran
...Menambah ilmu yang sedia ada
...Meneroka bidang baru
...Bersedia menerima perubahan yang positif
...Penciptaan dan penemuan baru dalam bidang pertanian
...Memajukan sektor perindustrian
...Sektor pembuatan ditingkatkan
...Membina menara berkembar Petronas
...Kelahiran kereta nasional
...Kemajuan sistem pengangkutan STAR LRT dan PUTRA LRT
...Melahirkan ahli sukan cemerlang seperti Datuk Lee Chong Wei
...Melahirkan angkasawan negara yang pertama-Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
15 markah
5
Kejayaan negara hasil hubungan dengan negara luar
...Penguasaan teknologi terkini
...Peningkatan ilmu pengetahuan
...Kepelbagaian bentuk senibina
...Kepelbagaian budaya
...Memperkayakan bahasa
...Memperkayakan hasil kesusasteraan
...Kepelbagaian makanan
...Kecemerlangan dalam sukan
...Mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan ke peringkat antarabnagsa
...Penggunaan sistem komunikasi moden
...Pengenalan jalur lebar
...Pengenalan konsep dunia tanpa sempadan
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
10 markah
6
Peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
...Mengukuhkan semangat cinta akan negara
...Mengeratkan perpaduan bangsa
...Menjaga nama baik negara
...Memelihara jati diri
...Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
...Menguasai pelbagai kemahiran
...Meningkatkan pengetahuan dalam sains teknologi
...Mempunyai semangat kepimpinan
...Gigih berusaha
...Mempertahankan kedaulatan negara
...Mempunyai disiplin yang tinggi
...Bertanggungjawab memajukan negara.
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
10 markah
7
Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme/ yang diperoleh daripada sifat keterbukaan masyarakat Malaysia
...Bekerjasama
...Kreatif dan inovatif
...Berdaya saing
...Berfikiran positif
...Optimis
...Berani menghadapi risiko
...Gigih berusaha
...Keyakinan diri yang tinggi
...Berbangga sebagai rakyat Malaysia
...Bersedia menerima perubahan
...Bersikap proaktif
...Bertoleransi
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
10 markah
8
Rumusan
...Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang dinamis dalam strategi luarnya bagi memastikan negara dapat terus bersaing dalam dunia yang sedang mengalami perubahan yang pesat dari segi politik,ekonomi, dan sosial
...Sejarah membuktikan betapa penting sebuah negara menjalin hubungan dengan negara luar bagi menjamin kesejahteraan negara
...Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh faktor sejarah,ekonomi,politik,geografi,dan demografi
...Dalam menentukan dasar luar negara,perkembangan semasa memainkan peranan penting
...Pemimpin perlu bijak menjalin hubungan dengan negara luar untuk memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang pesat
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
[5 markah]

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE