KERTAS 3 BAB 1 -KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA (TINGKATAN 4)



BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
TEMA 7:Tamadun Awal Manusia
Tajuk 7.1: Tamadun Awal Dunia
Tema Umum
Tamadun awal manusia yang berkembang di lembah Sungai Tigris dan Sungai Tigris Euphrates,Sungai Nil,Sungai Indus dan Sungai Hwang Ho mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.Sifat cekal dan inovatif masyarakat tamadun awal manusia tersebut masih tetap relevan dan wajar dicontohi untuk membina kecemerlangan sesebuah negara pada masa kini.
Tugasan Spesifik
Tamadun awal manusia yang berkembang di Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates,Sungai Nil,Sungai Indus dan Sungai Hwang Ho mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.Sifat cekal dan inovatif masyarakat tamadun awal manusia tersebut wajar dicontohi untuk membina kecemerlangan sesebuah negara pada masa kini.
Berdasarkan pernyataan tersebut,huraikan kecemerlangan tamadun Indus dan hubungkaitkan sumbangannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini.


Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1.(a) Lokasi tamadun Indus
    (b) Kerangka masa tamadun Indus
5 markah
Isi dan huraian
2. Proses pembentukan tamadun Indus
10 markah
3.Ciri-ciri dan sumbangan tamadun Indus
30 markah
4.Sifat keterbukaan tamadun Indus yang membawa kepada kecemerlangan tamadun tersebut
15 markah
5. Aspek kegemilangan tamadun Indus
10 markah
6. Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia berdasarkan pembangunan terancang.
10 markah
7.Merealisasikan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.
10 markah
8.Nilai murni dan iktibar daripada kecemerlangan tamadun Indus demi kegemilangan Malaysia.
5 markah
Kesimpulan
Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan
(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Iktibar kepada diri,bangsa dan negara.
(c) Harapan menjadikan masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
5 markah

Skema Jawapan Bab 1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia
1 (a) Lokasi Tamadun Indus
F1 Terbentuk di lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus yang berpunca daripada Pergunungan Himalaya dan mengalir ke laut Arab.
F2 Dikenali sebagai Tamadun Harappa bersempena nama bandar utamanya.
F3 Dikelilingi Banjaran Makran,Pergunungan Baluchistan,Rajasthan dan Punjab di Timur dan Kathiawar serta Gujerat di Tenggara.
F4 Sungai Indus dipilih sebagai kawasan petempatan kerana terdapat sumber bekalan air dan kesuburan tanah.                                                                                                                                   
                                                                                                    
(b) Kerangka masa Tamadun Indus
F1 Tamadun Indus muncul kira-kira 2500 s.m
F2 Mula merosot pada tahun 1800 s.m
F3 Kemerosotan Tamadun ini dikatakan berpunca daripada serangan orang Aryan.
F4 Bencana Alam seperti kemarau,banjir dan gempa bumi
                                                                                                   [Mak.5markah]

2. Proses pembentukan Tamadun Indus
F1 Bermula di bahagian Barat Laut India
F2 Penduduk mengamalkan kehidupan secara nomad
F3 Menyara diri dengan aktiviti berburu dan mengumpul makanan
F4 Wujud petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus
F5 Sungai Indus menyediakan sumber air dan tanahnya subur.
F6 Penduduk bijak menyesuaikan diri dengan alam sekitar
F7 Peningkatan pengeluaran hasil pertanian
F8 Berlaku pertambahan penduduk.
F9 Pertambahan penduduk menyumbang kepada kemunculan bandar.
F10 Muncul bandar Harappa dan Mohenjo-Daro di Lembah Indus
F11 Bandar Lothal dan Sutkagen Dor merupakan bandar pelabuhan utama.
                                                                                                 [ Mak.10 markah]

3. Ciri-ciri tamadun Indus
F1 Petempatan kekal
H1a Pembentukan bandar terancang.
H1b Terbahagi kepada dua bahagian.
H1c Dikelilingi oleh tembok.
H1d Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan.
H1e Terdapat bangunan pentadbiran dan keagamaan.
H1f Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
H1g Sudut susun aturnya sistematik
H1h Dibantu oleh kemajuan ilmu geometrid an pembinaan
H1i Hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
H1j Bandar disusun berdasarkan blok-blok berbentuk segi empat.
H1k Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus
H1l Mempunyai sistem kumbahan terancang
H1m Setiap bandar dihubungkan dengan sungai.
F2 Organisasi sosial.
H2a Terbahagi kepada dua golongan, iaitu atasan dan bawahan.
H2b Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
H2c Golongan kelas atasan yang utama ialah pendeta.
H2 d Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar.
H2e Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
H2f Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh.
H2g Petani menjalankan aktiviti pertanian
H2h Menyalurkan sebahagian hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
H2i Golongan buruh menjaga kebersihan bandar,membina tembok di banteng dan membina terusan.
F3 Pengkhususan pekerjaan
H3a Menjalankan kegiatan ekonomi
H3b Perdagangan,pertanian,pertukangan dan pembuatan.
H3c Membabitkan perdagangan luar dengan Mesopatamia.
H3d Dibuktikan melalui penemuan cap mohor.
H3e Perdagangan emas,gading gajah,manik dan hasil pertanian.
H3f Menjalankan aktiviti bercucuk tanam
H3g Menanam tanaman makanan seperti barli dan kacang
H3h Menjadi artisan.
H3i Terlibat dalam pembinaan.
H3j Menghasilkan barangan logam dan barangan tembikar.
F4 Agama dan kepercayaan
H4a Dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran
H4b Penemuan patung proto-Siva
H4c Patung stail yoga dan tiga tanduk di kepala.
H4d Melambangkan Dewa Brahma,Vishnu, dan Siva.
H4e Berkait dengan agama Hindu.
H4f Kepercayaan kepada Tuhan Ibu.
H4g Diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal.
H4h Melambangkan kesuburan
F5 Bahasa dan tulisan
H5a Sistem tulisan berbentuk piktograf.
H5b Tulisan pada mohor yang dijumpai di tapak arkeologi tamadun Indus.

Sumbangan Tamadun Indus
F1 Perancangan bandar
H1a Mewujudkan bandar terancang
C1a Mohenjo Daro dan Harappa
H1b Keupayaan masyarakat mengeksploitasi kelebihan Sungai Indus (kelebihan semula jadi).
F2 Gabungan kepakaran (sudut letak bandar dan pengisiannya).
H2a Pemahaman ilmu geometri,kesenian dan matematik
H2b Pemahaman geometri hasil pertembungan dengan tamadun Mesopatamia dan Mesir Purba
F3 Bandar disusun berasaskan blok berbentuk segi empat
F4 Membina jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
F5 Sistem saliran di bandar terancang
H5a Rumah0rumah di bandar mempunyai bilik mandi dan tandas.
H5b Air dan kumbahan disalir keluar ke longkang bawah tanah.
H5c Longkang tidak ditutup untuk memudahkan kerja pembersihan dan mengelak tersumbat.
H5d Bahan buangan disalur ke pusat pembuangan di luar bandar.
F6 Setiap bandar dihubungkan dengan sungai.
F7 Meningkatnya mutu bahan binaan.
H7a Teknologi pembakaran batu bata.
H7b Batu bata dibakar dengan suhu yang tinggi.
                                                                                                                        [Mak.30 markah]

4. Sifat keterbukaan Tamadun Indus yang membawa kecemerlangan.
F1 Membuat hubungan dengan tamadun lain.
F2 Tidak mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan.
F3 Bertukar pandangan dengan pihak lain.
F4 Hubungan dengan tamadun Mesopotamia.
F5 Hubungan dengan tamadun Mesir Purba
F6 Kedua-dua belah pihak memperoleh manfaat.
F7 Pertukaran teknologi
F8 Teknologi membuat batu bata
F9 Ilmu geometri,kesenian,matematik dan pembinaan.
F10 Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
F11 Pembentukan bandar terancang.
F12 Bandar berbentuk segi empat dan jalan raya yang lurus.
F13 Pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
F14 Masyarakat mengutamakan keamanan.
F15 Kedamaian menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara.
F16 Sebuah tamadun yang matang.
F17 Pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang.
F18 Menjadi contoh untuk membentuk tamadun yang cemerlang.
F19 Memudahkan kehidupan
F20 Peningkatan kreativiti masyarakat.
F21 Pemacu kepada kejayaan
F22 Hal-hal positif menjadi ikutan manusia sepanjang zaman.
                                                                                                                        [Mak.15 markah]

5. Aspek kegemilangan tamadun Indus
F1 Manfaat pembangunan terancang kepada kemajuan negara.
F2 Mewujudkan keselesaan hidup kepada rakyat
F3 Pengurusan bandar yang sistematik
F4Menyediakan jalinan perhubungan dan pengangkuan yang sistematik.
F5 Kemajuan sistem pendidikan
F6 Jaminan keselamatan
F7 Memajukan ekonomi
F8 Pemuliharaan alam sekitar
F9 Menggalakkan pelaburan asing
F10 Menjalin hubungan baik dengan semua negara.
F11 Menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan.
F12 Mengekalkan perpaduan kaum.
F13 Mengekalkan keamanan serantau
F14 Mewujudkan kestabilan politik
F15 Mewujudkan pusat pelancongan
F16 Mementingkan agama dan aspek kerohanian.
F17 Penguasaan pelbagai ilmu dan kemahiran.
F18 Pertukaran teknologi
F19 Penggunaan teknologi moden.
F20 Mewujudkan peluang pekerjaan dan tenaga mahir.
[Mana-mana jawapan yang munasabah]
                                                                                                                        [Mak.10 markah]

6. Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia berdasarkan pembangunan terancang.
F1 Kemudahan infrastruktur
F2 Kemajuan sistem pendidikan
F3 Kemajuan ekonomi
F4 Keamanan negara dan kestabilan politik
F5 Perpaduan kaum dan keharmonian masyarakat
F6 Kemajuan dalam bidang pengangkutan awam.
F7 Jaringan sistem perhubungan
F8 Pemodenan bandar
F9 Perkembangan perindustrian
F10 Perkembangan teknologi
F11 Pelaksanaan k-ekonomi
F12 Perkembangan e-pendidikan
F13 Tumpuan pelancong asing
F14 Keselamatan negara terjamin
F15 Peningkatan hubungan diplomatic
F16 Hubungan antarabangsa berkembang
F17 Penganggurn dapat dikurangkan
F18 Sistem komunikasi bertambah maju
F19 Kemudahan perkhidmatan awam yang lengkap
F20 Kewujudan bandar pintar,iaitu Cyberjaya
F21 Menjadi tuan rumah penganjuran acara/sukan antarabangsa
[Mana-mana jawapan yang munasabah]
                                                                                                                        [Mak.10 markah]


7. Merealisasikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju
F1 Meningkatkan penguasaan ilmu dan memajukan sistem pendidikan
F2 Meningkatkan R&D
F3 Meneroka teknologi baharu
F4 Mengukuhkan jati diri dengan menyertai PLKN
F5 Mengukuhkan perpaduan rakyat dengan menggunakan konsep 1 Malaysia.
F6 Meningkatkan kemahiran dan menguasai teknologi maklumat (ICT)
F7 Mengukuhkan perpaduan rakyat
F8 Menggalakkan inovasi.
F9 Melaksanakan GTP-Plan Transformasi Kerajaan.
F10 Memperkenalkan Koridor Raya Multimedia.
F11 Menggalakkan pelaburan asing.
F12 Meneruskan Dasar Ekonomi Baru / Dasar Pembangunan Nasional.
F13 Mengurangkan gejala sosial.
F14 Pemberian Biasiswa Pendidikan atau PTPTN
F15 Memperkukuh peranan negara sebagai hub halal
F16 Meneroka bidang dan pengetahuan baharu.
F17 Menjadikan minda rakyat kelas pertama.
F18 Menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan pendidikan.
[Mana-mana jawapan yang munasabah]
                                                                                                                        [Mak.10 markah]

8. Kecemerlangan Tamadun Indus yang boleh diterapkan untuk kegemilangan Malaysia.
F1 Memanfaatkan kurniaan Tuhan dengan amanah.
F2 Berwawasan
F3 Kepentiangan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
F4 Melahirkan masyarakat inovatif dan kreatif.
F5 Membentuk masyarakat bersatu.
F6 Mengekalkan keamanan negara.
F7 Meningkatkan hubungan antarabangsa.
F8 Memajukan ekonomi
F9 Melakukan pertukaran teknologi dan ilmu.
F10 Bersedia menerima perubahan yang membawa kemajuan.
[Mana-mana jawapan munasabah]
                                                                                                                        [Mak.5 markah]


9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
F1 Menjadikan kegemilangan tamadun Indus sebagai teladan dan rangsangan untuk membina masa depan negara yang lebih cemerlang.
F2 Mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan menjadi tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.
F3 Mengamalkan nilai kreativiti dan inovatif untuk mencapai kemerlangan diri,bangsa dan negara.
F4 Berusaha mengeksploitasi kelebihan alam semulajadi untuk memajukan kehidupan.
F5 Mempercayai bahawa setiap kejadian Yang Maha Esa mempunyai hikmah dan faedah.
F6 Berusaha menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran atau meneroka bidang baharu untuk mempertingkat kemajuan diri,bangsa dan negara.
[Mana-mana jawapan munasabah]
                                                                                                                        [Mak.5 markah]

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

15 Ulasan

  1. terima kasih boleh buat rujukan k3

    BalasPadam
  2. ni jwapn kertas 3 bab 1 1015 ke

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,nak tanya saya nak yang contoh soalan semua skema bab 1 tamadun awal manusia tingkatan 4...kalau boleh nak hari ni bolehsend dekat email saya ffirafina@gmail.com☺please...tq

    BalasPadam
  4. thank u.sgt membantu. kalau boleh, nak mintak tlg emel kan soalan kbkk beserta jawapan untuk kertas 3 sejarah ke nurumiumairah96@gmail.com . terima kasih

    BalasPadam
  5. can i get for bab 5 tingkatan 4?

    BalasPadam
  6. saya nak tanye.. kertas 3 boleh bawak buku ke? sebab sye ni calon persendirian// orang selalu cakap boleh bawak buku.. betul ke?

    BalasPadam
  7. Bleh tak sya nak jwapan yg bkn skema jwapan...sya nak jwapan yg bntuk karangan...klau bleh,hntr kat emiel sya...renloyojong@gmail.com

    BalasPadam
  8. Boleh hntr kat email sy?(anidahperman@gmail.com)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum
    boleh saya dapatkan jawapan dalam bentuk yang sebenar (dalam bentuk karangan)
    boleh email ke syarfdin@gmail.com
    terima kasih banyak2

    BalasPadam
  10. Saya nk semua soalan kertas 3 bab1 t4 blehx...nk jawapan dalam esei bkn yg skema

    BalasPadam
  11. Boleh hantar semua soalan kertas 3 bab 1 t4 ke email saya jaideepsingh5700@gmail.com


    BalasPadam
  12. Salam, boleh saya dapatkan skema jawapan dalam bentuk karang tak? Boleh email ke saya (haziqkun47@gmail.com)
    Terima kasih.

    BalasPadam
  13. Can you send me a copy (dtpj440@gmail.com)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE