NOTA BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


Revisi Pantas
1.       Berlaku sejak kedatangan British dan bertujuan memelihara hak dan maruah daripada pencerobohan kuasa barat.
2.       Kebangkitan di peringkat awal dipimpin oleh pembesar seperti Dol Said,Dato Maharaja Lela,Rentap,Mat Salleh,Tok Janggut,Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain.

Sebab-sebab Penentangan
1.       Dasar penaklukan British
2.       Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
3.       Pelaksanaan sistem pentadbiran barat
4.       Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
5.       Kesulitan penduduk tempatan.

Faktor-faktor Penentangan Pemimpin Tempatan
1.       Naning (Penghulu Dol Said)
·         Arahan British  agar membayar cukai satu per sepuluh daripada hasil Naning kepada British di Melaka.
·         Dakwaan Naning adalah sebahagian daripada Melaka.
2.       Sarawak (Linggir,Rentap,Syarif Masahor,dan Datu Patinggi Abdul Gapur)
·         Tindakan James Brooke meluaskan kuasa di Sarawak.
·         Tanggapan bahawa orang Iban ialah lanun
·         Pembesar tempatan hilang kuasa memungut cukai dan kuasa mentadbir.
3.       Sabah ( Mat Salleh dan Antanom)
·         SBUB tidak menghormati kedudukan Mat Salleh sebagai pembesar Tambunan dan Sungai Sugut.
·         Penguasaan SBUB terhadap kawasan Mat Salleh.
·         SBUB memungkiri janji untuk menyerahkan kuasa kepada Mat Salleh.
4.       Perak (Dato’ Maharaja Lela)
·         Tindakan J.W.W Birch menghapuskan amalan orang suruhan di Perak telah menyebabkan beliau menemui ajal di tangan penduduk tempatan.
5.       Negeri Sembilan (Yam Tuan Antah dan dato Syahbandar Abdullah Tunggal)
·         Menentang kemasukan British di Sungai Ujong.

Faktor-faktor pemangkin Nasionalisme
1.       Pengenalan sistem politik Barat
2.       Perkembangan sistem pendidikan
3.       Dasar British
4.       Pendudukan Jepun
5.       Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
6.       Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)\
7.       Kemunculan mesin cetak
8.       Kesedaran politik serantau

Gerakan Nasionalisme semasa pendudukan Jepun
·         Jepun mengamalkan dasar pemerintahan tentera
·         Jepun menyekat kebebasan bersuara dan mengharamkan penerbitan akhbar.
·         Ahmad Boestamam menubuhkan Barisan Pemuda Perak bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu.
·         Gerakan Bawah Tanah ditubuhkan untuk menentang Jepun.
·         Parti Komunis Malaya menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun.
·         Ahli pasukan Bintang Tiga terdiri daripada kaum Melayu,Cina dan India.
·         Force 136 dan Pasukan Wataniah di Pahang ditubuhkan oleh orang Melayu.
·         Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mencapai matlamat Melayu Raya atau Indonesia Raya.
·         Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia sehari sebelum kekalahan Jepun.
·         Kemerdekaan dalam Indonesia raya atau Malaysia Raya gagal.
·         British gagal menguasai Tanah Melayu pada September 1945.

Gerakan Islah dalammeningkatkan minda bangsa
1.       Tokoh Gerakan Islah
·         Sheikh Tahir Jalaludin
·         Dr Burhanuddin al-Helmy
·         Syed Syeikh al-Hadi
2.       Matlamat perjuangan
·         Memperbetulkan pandangan terhadap ajaran Islam.
3.       Medium perjuangan
·         Majalah,novel,akhbar dan madrasah.
4.       Cara perjuangan
·         Menggunakan akhbar dan majalah untuk menyebarkan idea mereka seperti al-Imam,Neracha,Idaran Zaman dan Pengasuh.
·         Menyampaikanidea supaya berpegang kepada ajaran Islam sebenar utuk kemajuan ekonomi,pendidikan,politik dan sosial orang Melayu.
·         Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berusaha memajukan orang Melayu.
·         Menyematkan sikap mengkritik penjajah dalam pemikiran orang Melayu.
·         Menubuhkan beberapa madrasah bagi member pendidikan Islam dan pendidikan keduniaan kepada pelajar-pelajar Islam.
·         Memberi peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan.
Isu yang dibangkitkan oleh majalah,akhbar dan novel.
1.       Majalah Pengasuh,Majalah Guru,dan Bulan Melayu
·         Pendidikan kepada anak-anak Melayu.
·         Menggalakkan golongan wanita mendapat pendidikan tinggi.
·         Memajukan bahasa dan sastera.
2.       Akhbar: Majlis,Warta Malaya, Warta Negara,Utusan Melayu,Fajar Sarawak dan Lembaga Malaya.
·         Isu sosial dan pendidikan orang Melayu.
·         Isu ekonomi dan politik.
3.       Novel:Keris Melaka,Anak Mat Lela Gila,Melor Kuala Lumpur,Putera Gunung Tahan.
·         Menanam semangat perjuangan menentang penjajah.
·         Menggunakan sejarah sebagai inspirasi perjuangan.
·         Menghargai warisan bangsa.
·         Berbangga dengan pencapaian dan kebolehan diri.
Perjuangan Nasionalisme oleh persatuan-persatuan Melayu.
1.       Kesatuan Melayu Singapura
·         Menggalakkan penglibatan orang Melayu Singapura dalam bidang pentadbiran.
·         Meningkatkan pendidikan orang Melayu.
·         Mewakili orang Melayu untuk berunding dengan pihak British.
2.       Kesatuan Melayu Muda (KMM)
·         Menggalakkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
·         Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
·         Memperjuangkan konsep Melayu Raya.
3.       Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
·         Menggalakkan ahli berkenalan dan bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa.
·         Menggalakkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
4.       Kongres Melayu
·         Diadakan pada tahun 1939 dan 1940
·         Membincangkan kemunduran orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
·         Sikap pilih kasih British terhadap anak negeri.

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE