Resource : mgtmawardi68
SEJAK
akhir-akhir ini ada pelajar yang mengatakan belajar mata pelajaran
sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta,
malas nak hafal isi penting, tidak berminat dan macam-macam lagi alasan
yang diberikan.
WALAU APA ALASAN
sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal
siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan
negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri
dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia. Contoh
soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di
Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya dan banyak lagi
tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah
sekarang.
JIKA
anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah
sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri.
Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat
sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang besar?
PERTAMA,
anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya “saya tidak dapat
menyiapkan kerja sekolah kelmarin’. Perkataan kelmarin sahaja
menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang
sejarah.
KEDUA,
anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu
dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu
sejarah.? Memang itu juga sejarah.
KETIGA, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan Sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.
KEEMPAT, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.
KEENAM, anda masuk jurusan apapun di universiti anda tidak akan terlepas daripada sejarah. Tak percaya masuklah mana-mana universiti dulu.
Ada yang
tidak sedar kepentingan sejarah itu dan letakkan di tepi.
Patutkah waktu peperiksaan penggal, mata pelajaran sejarah itu
diletakkan pada hari terakhir?. Sedangkan ini mata pelajaran penting
untuk mendidik warga Malaysia yang bertanggungjawab. Tindakan
Kementerian Pelajaran mewajibkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus
adalah wajar supaya kita tidak melahirkan warga yang buta sejarah sampai
ke hari tua.
Saya pasti
anda akan sedar kepentingan mata pelajaran sejarah semasa anda akan
hadapi satu temuduga untuk biasiswa, pekerjaan dan perjawatan atau
kenaikan pangkat setelah anda meninggalkan alam persekolahan. Saya
pasti.
Tak kenal
maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Tak Kenal Maka Tak
Cinta. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya belajar sejarah ?? Saya
nyatakan kaedah mudah untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut
kesesuaian tajuk.
KAEDAH PERTAMA- Menggunakan Formula.
Tajuk: Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India. (bab: 7 ting 4)
A | C | I |
J | E | S |
Negara Tokoh
A= Arab J= John Crawford
C= China E= Emanuel Gadinho Eredia
I= India S= Snouck Hurgronje
Pelajar hafal formula ACI dan JES
Ayat penuh:
Teori yang
pertama ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh
John Crawford. Teori yang kedua ialah Islam datang dari China. Teori ini
dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia. Manakala teori yang ketiga
pula ialah Islam datang dari india. Teori ini dikemukakan oleh Snouck
Hurgronje.
Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui kaedah ini?.
KAEDAH KEDUA- melukis
Di dalam
kelas sesetengah pelajar ada bakat melukis ataupun suka melukis. Jadi
bolehlah melukis apabila sampai ke tajuk yang bersesuaian. Tidak salah
di dalam nota pelajar diletakkan satu lukisan supaya mudah mengingati
fakta. Dengan lain perkataan satu kali baca boleh ingat dalam jangka
masa yang panjang.
Tajuk : Peranan/kepentingan Tasik Tonle Sap( sejarah ting 4 bab 3)
Ayat Penuh:
Peranan tasik Tonle Sap ialah menjadi kawasan penanaman padi sawah yang penting. Selain daripada itu kawasan sekitar tasik menjadi subur kerana mendapan lumpur pada musim kemarau. Peranan yang lain ialah tempat bekalan sumber protein atau ikan.
(Lihat perkataan bergaris dan bandingkan dengan perkataan dalam lukisan)
Mudah . Dengan hanya melukis. Yang penting ingat fakta. Lukisan comot tak apa. Semasa menjawab soalan essei jangan pula dilukis gambar tasik tu. Hanya lukis dalam buku nota.
Mudah . Dengan hanya melukis. Yang penting ingat fakta. Lukisan comot tak apa. Semasa menjawab soalan essei jangan pula dilukis gambar tasik tu. Hanya lukis dalam buku nota.
KAEDAH KETIGA- Persekitaran Pelajar
Biasanya
pelajar lebih mudah ingat apa yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk
tetentu yang boleh gunakan persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi
tajuk berkenaan. Malah bukan itu sahaja kaedah ini boleh meningkatkan
daya ingatan pelajar untuk jangka masa yang lama, sebab setiap hari
pelajar lihat persekitaran mereka.
Tajuk : Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus.(Bab 1 .Ting 4)
Untuk tajuk
ini persekitaran pelajar yang saya gunakan ialah Pekan Jeniang, kerana
pelajar saya tinggal di sekitar pekan Jeniang. Setiap hari mereka akan
melepasi pekan Jeniang sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu
mereka lihat jalan, bangunan yang ada itu setiap hari. Sesuatu yang
mustahil jika masih lagi tidak dapat ingat dan rasa susah untuk belajar
sejarah. Saya permudahkan tajuk di atas dengan cara seperti berikut.
Bandar Terancang Tamadun Indus
Mohenjo Daro dan Harappa
|
Pekan Jeniang
|
Jalan raya yang lurus
|
Jalan raya yang lurus
|
Ada pusat pentadbiran
|
Ada MPSP
|
Ada pusat keagamaan
|
Ada masjid dan wat
|
Sistem kumbahan terancang
|
Sistem kumbahan terancang
|
Bangunan disusun berasaskan blok
|
Bangunan disusun berasaskan blok
|
Setiap blok dipisahkan jalan raya
|
Setiap blok dipisahkan jalan raya
|
Bandar dihubungkan dengan sungai
|
Jeniang juga ada sungai
|
Menggunakan ilmu geometri dan math
|
Menggunakan ilmu geometri dan math
|
Ada kawasan perumahan
|
Taman Sri Emas
|
Saya
membandingkan persekitaran pelajar dengan bandar terancang tamadun
Indus. Jalan- setiap hari gunakan jalan itu. Masjid- sembahyang di
masjid. Sistem kumbahan- hari-hari buang sudah tentu boleh ingat.
Sungai- setiap hari lihat sungai, memancing, mandi dsb.
Ini
merupakan satu lagi cara mudah untuk ingati fakta tanpa bersusah payah.
Hanya kaitkan dengan persekitaran atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah
bukan.
KAEDAH KEEMPAT- Penguasan Fakta Melalui Kaedah Rakan Fakta
Aktiviti 1: Pelajar menjawab soalan objektif yang sama seperti di aktiviti satu
dan
mencatat ayat buku teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu
tepat. Pelajar juga dikehendaki mencatat muka surat berdasarkan buku
teks yang dirujuk. Semua catatan itu ditulis di bawah soalan di ruang
yang telah disediakan Catatan itu sebagai tanda pelajar memperolehi
jawapan tepat dan fakta yang akan diingati oleh pelajar. Pelajar juga
akan membuat pembetulan jawapan semasa aktiviiti dua ini.
Aktiviti 2: Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca dan Terlihatsemasa
mencari
ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa,
gambar, peta dan istilah penting. Semua catatan tersebut dipindahkan
ke dalam buku notan
Aktiviti 3: Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka surat yang diperolehi dari buku teks.
- Contoh pelaksanaan.
1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh guru
Soalan 1
Apakah tujuan British melaksanakan dasar penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
A Mengukuhkan kedudukan politiknya.
B Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu
C Menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu
D Mengawal penduduk di kawasan yang dikuasainya
Jawapan:_______
Ayat Buku Teks:___________________________________________
M.S:________
CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.
_______________________________________________________
|
1.2 Tugas pelajar
1. Mencari jawapan dalam buku teks
2. Menulis jawapan A, B, C atau D
3. Menulis ayat dalam buku teks
4. Menulis muka surat
5. Mencatat peristiwa, gambar, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.
6. Pelajar bertukar-tukar maklumat
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtq for sharing... it was really usefull
BalasPadamThanks for the information.........
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam