BAB 2 : TEMA 7 PENINGKATAN TAMADUN
Soalan Umum
Tamadun manusia bersifat dinamik,
maka tamadun awal terus berkembang kerana masyarakat yang mendukung tamadun
tersebut sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuan seperti yang berlaku dalam
tamadun Yunani,Rom,India,dan China.Peningkatan tersebut dapat diukur melalui
pencapaian politik,ekonomi dan sosial.
Soalan Khusus
Bincangkan peningkatan tamadun
manusia di Yunani, Rom, India, dan China dalam bidang sosial serta kaitannya
dengan kesejahteraan hidup masyarakat di negara kita hari ini.
Peringatan
Calon hendaklah menjawab berdasarkan
kerangka jawapan di bawah.
FORMAT
|
PERINCIAN
|
MARKAH
|
PENGENALAN
|
Memahami
1 Pembangunan negara perlu berpaksikan kepada kerangka
pembangunan yang komprehensif,iaitu kemajuan ekonomi perlu diimbangi dengan
pembangunan sosial.
Nyatakan konsep pembangunan sosial semasa peningkatan tamadun
manusia.
|
5 markah
|
ISI DAN HURAIAN
|
Memahami
2 Pendidikan membantu manusia meningkatkan tahap intelek yang
seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.
Terangkan perkembangan sistem pendidikan tamadun berikut:
(i) Yunani [10 m]
(ii) Rom [ 5 m ]
(iii) India [5 m ]
(iv) China [ 10 m ]
|
30 markah
|
Menganalisis
3 Bidang sains dan teknologi turut berkembang semasa peningkatan
tamadun.Keadaan ini berlaku kerana ahli sains dan ahli teknologi merujuk
pengetahuan tamadun terdahulu untuk dimajukan.
Terangkan perkembangan bidang sains dan teknologi tamadun
berikut:
(i) Yunani [ 5m ]
(ii) Rom [ 2 m ]
(iii) India [4 m ]
(iv) China [4 m ]
|
15 markah
|
|
Mengaplikasi
4 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani emosi
dan jasmani.
-Sebahagian
petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan-
Bagaimanakah anda dapat menjayakan hasrat tersebut?
|
15 markah
|
|
Menilai
5 Malaysia telah mencapai tamadun yang tinggi dalam bidang sosial
setanding dengan negara maju di dunia.Buktikan.
|
10 markah
|
|
Mencipta/menjana idea
6 Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial
yang berteraskan nilai-nilai murni.Dasar ini diluluskan oleh kabinet pada 19
Februari 2003.
Berikan cadangan anda bagi merealisasikan hasrat tersebut.
|
10 markah
|
|
Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
7 Sesuatu yang amat penting untuk mendirikan tamadun yang tinggi
ialah budaya dan nilai hidup yang dipegang dan diamalkan.
-Mantan
Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad
Apakah budaya dan nilai hidup tersebut?
|
10 markah
|
|
KESIMPULAN
|
Merumus
8 Rumusan
·
Pengetahuan
yang diperoleh
·
Iktibar
kepada diri,bangsa, dan negara.
·
Harapan untuk
masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
|
5 markah
|
Tags
KERTAS 3 SEJARAH T4
Ada jawapan tak?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamada jawapan?
BalasPadamAbang jawapan INI boleh send kepada saya sebab soalan kamu INI sangat bagus
BalasPadamjawapan ada tak? tolong beri link
BalasPadam