KERTAS PERCUBAAN SEJARAH SPM MRSM 2022 (SOALAN 1-4 STRUKTUR)

 


1 (a) Nyatakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama [3 markah]

Jawapan
Faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah persaingan kuasa imperialis. Hal ini berlaku kerana berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah telah menyebabkan berlakunya persaingan kuasa imperialis untuk mendapatkan tanah jajahan.
    Perang Dunia Pertama juga tercetus akibat perebutan kuasa imperialis eropah bagi mendapatkan bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah. Perebutan tanah jajahan bagi memasarkan hasil industri turut menyumbang kepada permusuhan antara kuasa imperialis seperti Perancis dan Jerman.
    Kewujudan Pakatan Ketenteraan seperti Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga telah mencetuskan keadaaan ketidakstabilan politik kerana kedua-dua pakatan bersaing dalam menghasilkan senjata moden dan bersedia untuk berperang bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.
    Perang Dunia Pertama juga tercetus disebabkan oleh berlakunya Krisis Rantau Balkan yang melibatkan permusuhan negara Austria-Hungary dengan Serbia. Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat berketurunan Serb supaya berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary. Perang Dunia Pertama juga tercetus berikutan pembunuhan Arcduke Ferdinand yang merupakan pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia.

(b) Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara Eropah.

Jawapan
Kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara Eropah ialah keruntuhan pemerintahan beraja seperti Jerman, Austria Hungary, Rusia dan Empayar Uthmaniyah. Jerman telah menjadi sebuah kerajaan republik yang memaksa Kaiser Wilhem II turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda. Empar Austria-Hungary di bawah pemerintahan Dinasti Hansurg berakhir manakala di Rusia. pemerintahan beraja Tsar telah berjaya ditumbangkan dalam gerakan Revolusi. Hal ini telah mewujudkan Kerajaan komunis pertama di bawah pimpinan Vlademir Lenin.
    Perang Dunia Pertama juga mengakibatkan khalifah dalam empayar Uthmaniyah digulingkan. Hal ini telah mewujudkan sebuah kerajaan republik yang diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk.
    Kemunculan negara baru turut berlaku seperti negara Austria, Hungary, Czechoslovakia, Yugoslavia.Perpecahan empayar Rusia telah mewujudkan negara seperti Poland, Estonia. Latvia dan Lithuania.
    Selepas Perang Dunia pertama, telah diadakan Persidangan Damai Paris bagi membincangkan syarat perdamaian selepas perang. Jerman tidak lagi ancaman dan terpaksa menandatangani gencatan senjata. Dalam Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson menetapkan penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan telah termeterainya Perjanjian Versailles serta penubuhan Liga Bangsa-Bangsa.
    Perang Dunia Pertama juga telah banyak menyebabkan kesan sosial seperti kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda.Selain itu kesan terhadap ekonomi ialah berlakunya masalah pengangguran, inflasi, kejatuhan mata wang dan kemerosotan perdagangan luar.

(c) Pada pandangan anda, mengapakah peperangan harus dielakkan.

Jawapan
Pada pandangan saya, peperangan harus dielakkan kerana menyebabkam kemusnahan harta benda dan megorbankan banyak nyawa.Peperangan juga harus dielakkan kerana dapat menggugat keharmonian negara. Hal ini kerana, peperangan mampu menjejaskan kesihatan manusia melalui penggunaan sejata nuklear atau biologi. Hal ini sudah tentu akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik malah menjejaskan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.

2. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communites Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.
(a) Senaraikan anggota jawatankuasa tersebut. [2 markah]

Jawapan
i Malcolm Mac Donald
ii E.E.C Thuraisingham
iii Dato' Onn Jaafar
iv Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz
v Tun Tan Cheng Lock

(b) Jelaskan peranan jawatankuasa tersebut dalam membentuk persefahaman antara pemimpin. 
[4 markah]

Jawapan
Peranan jawatankuasa tersebut dalam membentuk persefahaman antara pemimpin ialah mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri bagi mencapai kemerdekaan negara. Jawatankuasa juga mencadangkan agar Tanah Melayu diberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat seperti pilihan raya Majlis Perbandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan. Pemimpin dalam jawatankuasa telah bersetuju agar orang Melayu wajar mempunyai kedudukan istimewa kerana telah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan mengiktiraf negara ini satu-satunya tanah air mereka.
    Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum juga telah mencadangkan penubuhann agensi untuk meningkatkan ekonomi/pendidikan orang Melayu dan bersetuju memberi kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu. Di samping itu, cadangan sistem pendidikan yang seragam telah diusulkan bagi mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara kaum.


(c) Pepatah berikut menggambarkan amalan permuafakatan dalam masyarakat di negara kita.

Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat

Mengapakah amalan tersebut penting dalam menjamin keharmonian? [4 markah]

Jawapan
Amalan tersebut penting dalam menjamin keharmonian kerana dapat mengukuhkan kestabilan politik negara. Hal ini akan mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan negara daripada ancaman anasir luar. Amalan permuafakatan mampu melahirkan rakyat yang berdedikasi dan komited bagi membentuk negara bangsa yang utuh demi melancarkan urusan pembangunan negara.

3. Sukan adalah medium memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia.
(a) Nyatakan dua aktiviti sukan di negara kita.

Jawapan 
i. Badminton
ii. Bola Sepak
iii. Renang
(Mana-mana jawapan munasabah)

(b) Apakah usaha kerajaan dalam memartabatkan sukan di peringkat antarabangsa?

Jawapan
Usaha kerajaan dalam memartabatkan sukan di peringkat antarabangsa ialah mencungkil bakat murid melalui dasar 1 Murid 1 Sukan. Hal ini dilaksanakan melalui rancangan Integrasi Murid untuk perpaduan (RIMUP) melalui penganjuran sukan di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri. 
    Kerajaan juga telah menganjurkan pelbagai acara sukan seperti MASUM, Sukan SUKMA, SEA, dan Komanwel serta menyertai pelbagai kejohanan di peringkat Asia dan Dunia.
    Bagi memartabatkan lagi sukan Malaysia, kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang baik dan melibatkan pelbagai agensi, organisasi di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk memaklumkan pelbagai program pembangunan sukan di negara kita. Kerajaan juga telah menyediakan dana dan intensif kepada atlet bagi menarik minat dan mencungkil bakat generasi muda untuk aktif dalam sukan di Malaysia.

(c) Gambar berikut menunjukkan atlet telah berjaya dalam kejohanan sukan di negara kita.


Bagaimanakah sukan dapat merealisasikan gagasan 'Keluarga Malaysia'? [4 markah]

Jawapan
Sukan dapat merealisasikan gagasan 'Keluarga Malaysia' dengan memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana perpaduan kaum akan mewujudkan interaksi dalam kalangan atlet yang terdiri daripada pelbagai kaum seterusnya memupuk semangat patriotik dalam kalangan belia. Hal ini juga dibuktikan melalui laungan semangat 'Malaysia Boleh' dari semua lapisan masyarakat apabila sesuatu kejohanan sukan dianjurkan.


4. Dasar luar Malaysia turut mencakupi isu-isu yang berkaitan kelestarian alam sekitar.

(a) Nyatakan usaha negara dalam melaksanakan Deklarasi Langkawi. [3 markah]

Jawapan
Usaha negara dalam melaksanakan Deklarasi Langkawi ialah memberikan komitmen untuk memelihara alam sekitar dan menangani isu alam sekitar terutamanya seperti kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan aktiviti pencemaran alam. Kerajaan telah mengambil inisiatif memberikan Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia yang memberikan komitmen/ sumbangan dalam bidang alam sekitar.
    Selain itu, kerajaan telah melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara pada tahun 2002 bagi memastikan kelestarian alam terjamin. Hal ini dilakukan bagi mengawal perubahan ikilim dan pemanasan global. Malaysia turut melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara dan menggalakkan penggunaan produk teknologi hijau. Kejayaan Langkawi mendapat pengiktirafan tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan bukti negara kita memberi komitmen yang tinggi dalam memelihara kelestarian alam sekitar,
    Akhir sekali, kerajaan Malaysia juga telah menggubal undang-undang berkaitan alam sekitar dan mengenakan tindakan seperti menangkap dan mendakwa pesalah yang mencemarkan alam sekitar.

(b) Terangkan penglibatan Malaysia dalam isu Antartika? [3 markah]

Jawapan
Malaysia telah terlibat dalam menyuarakan pandangan berkaitan isu Antartika. Malaysia menganggap bahawa penerokaan benua ais dilakukan secara tidak adil. Hal ini kerana penerokaan Antartika didominasi hanya oleh sebahagian kecil negara. Kerajaan Malaysia telah mendesak PBB untuk mengambil langkah proaktif bagi menjadikan Antartika sebagai warisan sejagat dan mengusulkan supaya badan PBB yang mentadbir Antartika manakala segala bentuk hasil di benua tersebut dikongsi oleh semua negara.
    Malaysia turut melakar kejayaan apabila anak tempatan Dr. Haji Omar Abdul Rahman  mencatatkan sejarah dengan terlibat dalam penyelidikan di Antartika pada tahun 1985. Malaysia telah terlibat dalam melakukan penyelidikan di Antartika sejak tahun 1999 dalam bidang perubahan iklim dan kajian gas rumah hijau.
    Dalam bidang penyelidikan, Malaysia telah meluluskan 24 geran penyelidikan mengenai Antartika dan telah menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk universiti-universiti awam di Malaysia. Kejayaan Malaysia dalam menganjurkan Siri Seminar Antarabangsa Antartika Malaysia (MISA) telah membuktikan bahawa negara kita mampu mencapai kejayaan jika diberi peluang dalam penyelidikan di Antartika.


(c) Baca maklumat dalam petikan berikut


Apakah persediaan negara bagi menghadapi fenomena bencana alam? [4 markah]

Jawapan
Persediaan negara bagi menghadapi fenomena bencana alam ialah pasukan keselamatan negara sentiasa bersiap siaga setiap masa menghadapi fenomena bencana alam. Hal ini meliputi persediaan dalam aspek seperti tabung makanan, pakaian, kelengkapan asas dan tenaga. Kerajaan juga berusaha menyediakan tempat tinggal sementara seperti penyediaan khemah, dewan dan pusat pemindahan.
    Seterusnya kerajaan turut memperuntukkan dana kecemasan dalam belanjawan negara bagi mengahadapi fenomena bencana alam. Sistem amaran awal telah dipraktikkan di kawasan-kawasan yang mudah dinaiki air bagi menghadapi banjir. Selain itu, penglibatan agensi seperti National Disaster Management Agency telah ditubuhkan bagi pengurusan bencana saat kecemasan.








    


CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE