Monday, 22 October 2012

CONTOH SOALAN & SKEMA KERTAS 3 BAB 1


Tajuk Umum Tugasan

Tajuk 7.1 : Tamadun Awal Manusia
(Merujuk tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 1)

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

i.          membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks,buku ilmiah,akhbar majalah,risalah,internet dan lain-lain.

ii.         Pada hari peperiksaan ,calon dibenarkan membawa buku teks,buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.

iii.        Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan




TAJUK 7.1
Tema / tajuk : 7.1 Bab 1 Tingkatan 4
Soalan :
Huraikan sejarah Tamadun Mesopotamia dan menghubungkaitkannya dengan kemakmuran Negara kita pada hari ini.

Peringatan :
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Format
Aspek
Perincian
Markah
PENGENALAN
Memahami latar belakang
Tamadun awal
manusia

1. Pengenalan

Nyatakan maksud tamadun menurut pandangan Islam dan Barat



5

ISI dan HURAIAN
Memahami ciri-ciri dan proses pembentukan Tamadun Mesopotamia

2.Ciri-ciri dan Proses Pembentukan Tamadun Mesopotamia

a)  Huraikan proses pembentukan tamadun Mesopotamia (10 markah)

b) Jelaskan ciri-ciri Tamadun Mesopotamia (20 markah)









30

Menganalisis aspek sumbangan Tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia

3. Aspek Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Terangkan sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam aspek :

i)  perundangan (10 markah)
ii) ilmu astronomi (5 markah)




15

Mengaplikasi perundangan yang adil

4. Perundangan yang adil dimanfaatkan demi keamanan dan kemakmuran negara

Bagaimanakah kita memanfaatkan perundangan yang adil bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara



15
Menilai kejayaan Malaysia sehingga kini

5. Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan sistem perundangan yang adil

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita sehingga hari ini melalui sistem perundangan yang adil




10
Menjana idea untuk menghadapi cabaran masa hadapan bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara

6. Cabaran Menjadikan Malaysia Sebagai Negara yang aman dan makmur.

Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam menjamin keamanan negara ( 5 markah )

Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ( 5 markah )



10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada kemakmuran Malaysia

7. Penerapan nilai-nilai murni /
    iktibar / patriotisme daripada
    kemakmuran Malaysia

Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme yang dapat diterapkan daripada kemakmuran negara




10
Kesimpulan

Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan

8. Rumusan

  • Pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih    cemerlang





5


Skima Jawapan

Soalan
Isi dan Huraian
Markah

1

Pengenalan. Nyatakan maksud tamadun menurut pandangan Islam dan Barat:
- Makna tamadun

- Bahasa arab iaitu mudun dan madain
- Madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
- Bahasa Inggeris iaitu civilization
- bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar
- peradaban
- Konsep Barat iaitu pembangunan lahiriah
-terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan/undang-undang/kesenian/perbandaran
-Gordon Childe, pencapaian lahiriah kayu ukur kemajuan tamadun
-Darcy Riberio dan R.A. Buchanan menolak unsur kerohanian dan hanya menekankan pembangunan lahiriah
-menurut Islam, merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah
- Syed Naquib Al-Attas, pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur dalam sesebuah masyarakat
-Richard Sullivan mengakui unsur rohaniah sangat penting
                     
                                                                                     (12 x1m=5 m)










5
2

i)Huraikan proses pembentukan Tamadun Mesopotamia

a)      Lokasi

-terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
- yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi
- Kawasan ini dielilingi oleg pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan

b)      Kerangka Masa

-          Berkembang daripada petempatan awal zaman Neolitik antara tahun 7000 hingga 5000 SM
-          Sekitar 3500 S.M berkembang menjadi pusat tamadun awal
-          Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula tahun 3500 S.M
-          Kerajaan terakhir ialah Chaldea yang jatuh 359 S.M
-          Terdapat 7 zaman pemerintahan penting iaitu kerajaan Sumeria/Akkad/Ur/ Babylon/Kassites/Assyria/Chaldea
-          Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga keruntuhan kerajaan

c)      Proses pembentukan
-          Dibahagi kepada dua bahagian/utara/selatan/bandar  Baghdad
-          Bahagian Utara meliputi kawasan Sg Tigris hingga Sg Zab.
-          Bahagian selatan meliputi kawasan Sg Tigris dan Sg Euphrates

d)     Kegiatan
-          Orang Sumeria membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian
-          Kerja menebus guna tanah
-          Membina sistem pengairan/mengawal pengaliran air sungai
-          Lebihan penghasilan makanan mampu menampung keperluan penduduk
-          Perkampungan berkembang secara evolusi kepada bandar dan beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur dan Lagash, Uruk, Ur , Eridu, Assur dan Mari
-          Semua negara kota terletak di sepanjang sungai dan terusan

ii)  Jelaskan ciri-ciri tamadun Mesopotamia

-          Setiap negara kota terbahagi kepada pusat kota/tembok kota/luar kota/pelabuhan
-          Terdapat kubu pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang
-          Lambang kekayaan sesebuah kota
-          Di dalam kota terdapat istana/rumah kediaman/rumah ibadat/rumah kedai/pasar/jalan raya berkeadaan lurus dan lebar
-          Pusat kota ialah rumah ibadat
-          Setiap kota mempunyai unit politik dan agama
-          Melalui jalan laut bandar atau negara kota mudah dihubungi
-          Organisasi social terbahagi kepada dua golongan
-          Golongan pemerintah dan golongan rakyat
-          Golongan pemerintah ialah raja/ketua pendeta/ketua tentera/orang bangsawan
-          Golongan rakyat  terbahagi kepada dua iaitu rakyat bebas seperti petani/artisan/pedagang
-           Hamba iaitu tawanan perang
-          Sistem pemerintahan beraja
-          Berbentuk teokrasi
-          Raja dianggap sebagai Tuhan/wakil Tuhan dan pemilik negara kota
-          Masyarakat tidak menyembah raja sebagai Tuhan kecuali semasa Raja Naramsin
-          Beliau menganggap dirinya terlalu agung
-          Menggelar dirinya sebagai raja empat penjuru alam
-          Raja menjadi ketua pentadbir/ketua tentera/ketua pendeta/berkuasa dalam hal keagamaan
-          ketua agama/melantik ahli keluarga/ memegang jawatan di ziggurat/menentukan bentuk pentadbirannya
-          ziggurat berfungsi sebagai pusat ibadat/pusat perdagangan/pusat penyimpanan khazanah negara
-          berkuasa soal tanah/cukai/hasil pertanian/perniagaan
-          raja dibantu golongan bangsawan dan mempunyai ikatan dengan keluarga diraja
-          kegiatan ekonomi yang pelbagai/pengkhususan kerja
-          wujudnya lebihan hasil pertanian
-          perdagangan penting kerana tiada bahan mentah /kayu-kayan/logam/emas/perak dibawa masuk
-          terdapat pengusaha /pembuat tekstil/barang tembikar/alat keperluan harian
-          tukang rumah wujud kerana pertambahan penduduk
-          tentera untuk mempertahankan negara daripada musuh
-          ilmu pengetahuan berkembang
-          wujud sistem tulisan yang bermula daripada tulisan bergambar
-          berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah liat
-          tulisan tanah liat berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform                                                                         








































30 m

3.

 Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Terangkan sumbangan-sumbangan Mesopotamia dari aspek berikut
i)                    Perundangan (10 markah)
ii)                  Astronomi      (5 markah)

  Perundangan
1.      Dikenali sebagai kod undang-undang Hammurabbi.
2.      Digubal semasa pemerintahan Raja Hamurabbi
3.      Berteraskan hak rakyat dan keadilan
4.      Hukuman dan denda mestilah setimpal
5.      Mengandungi 282 undang-undang
6.      Dipahat di tembok serta tiang besar agar rakyat dapat membaca
7.      Kod undang-undang ini menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia
8.      Undang-undang ini berjaya mengekalkan keamanan
9.      Undang-undang ini juga berjaya mewujudkan perpaduan
10.  Membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang


Ilmu astronomi
1.      Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari
2.      Perkembangan kepada ilmu matematik
3.      Seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab dan membahagi.
4.      Perkembangan ilmu geomatri
5.      Membolehkan mereka menggunakan jalan laut
6.      Penciptaan kalender berasaskan sistem solar
7.      Mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.




4.

Perundangan yang adil dapat dimanfaatkan demi kemajuan Negara

-Bagaimanakah kita boleh manfaatkan undang-undang yang adil bagi menjamin kemajuan negara

- mengelakkan perpecahan kaum
- mengekalkan perpaduan
- penduduk berbilang kaum
- mengekalkan perpaduan
- menjamin keamanan
- menjaga hak kebebasan bersuara
- menjaga hak asasi manusia
- mengukuhkan sistem organisasi
- menjaga keseimbangan ekonomi
- Menjamin kestabilan politik
- menjamin keharmonian hidup masyarakat
- perlaksanaan undang-undang yang adil dan saksama















15m

5.


Kejayaan negara setelah memanfaatkan perundangan yang adil.

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai melalui sistem perundangan yang adil.

-kebebasan asasi
-rakyat boleh mengundi calon yang di;ilh me;alui pilihanraya
-disegani oleh negara luar
-tiada campur tangan kuasa asing
-tumpuan pelabur
-tumpuan para pelancong
-tiada pertumpahan darah
-hubungan antarabangsa berkembang
-perindustrian berkembang
-kemajuan ekonomi
(Mana-mana jawapn yang munasabah)









10 m


6.


Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan makmur :

Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin keamanan negara


Pelajar :
-kerap ponteng sekolah
-langgar disiplin
-membuli

Masyarakat ;
-lumba haram
-pembunuhan
-pelacuran
-penculikan
-Keruntuhan akhlak
-merompak/mencuri

Negara :
-rasuah
-keldai dadah
-dadah
-demonstrasi jalanan


Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas:

Langkah-langkah ;
-pendidikan sepanjang hayat
-kasih saying daripada  ibu bapa
-memberi didikan agama secukupnya
-memartabatkan pendidikan Moral dan PSK
-kempen
-motivasi
-ceramah
-memperketatkan undang-undang juvana
(mana-mana yang munasabah)



















10 m


7.



Nilai murni :
Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme yang dapat diterapkan daripada kemakmuran negara

-kerjasama
-perpaduan
-jatidiri
-kasih sayang
-bersyukur
-keadilan
-memanfaatkan keamanan
-berdikari
-berwawasan
-sikap tolenrasi
-mengekalkan kemananan
(mana-mana jawapan yang munasabah)










10m

8.

Iktibar:

-pengetahuan yang diperoleh
-kepada diri,bangsa dan Negara
-harapan untuk masa depan agar Malayasia tetap aman dan makmur
- rakyat akan mematuhi undang-undang
- tidak terlibat dalam anasir-anasir negative yang menggugat kestabilan politik
(mana-mana yang munasabah)
      




5m

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...