Thursday, 2 January 2014

NOTA RINGKAS BAB 1 T5 :KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Tingkatan 5 Sejarah
Bab 1 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara
1. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
- perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air dari penjajahan.
2. Nyatakan faktor-faktor kemunculan nasionalisme.
  • Dasar penjajahan Barat
  • Pengaruh agama
  • Karya kesusasteraan
  • Sistem pendidikan
  • Kemunculan golongan intelektual
  • Sistem pengangkutan dan perhubungan
  • Pengaruh luar
  • Pengaruh Media Massa
3. Nasionalisme di Asia Tenggara dibahagikan kepada dua tahap. Lengkapkan jadual di bawah.
Nasionalisme di Asia Tenggara
Tahap 1 Tahap 2
1. Penentangan masyarakat secara terbuka bersifat setempat.
2. Tidak berorganisasi
3. Isu-isu agama, budaya dan hak pribumi menjadi factor utama
4. Menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik.
5. Menuntut hak mereka dikembalikan dan tidak menuntut kemerdekaan segera.
1. Lebih radikal.
2. Berorganisasi
3. Muncul selepas gerakan tahap pertama yang sederhana gagal.
4. Dipimpin oleh golongan berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.
5. Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan yang berdaulat.

4. Lengkapkan jadual di bawah.
Tokoh Parti Politik / Pertubuhan
1. Andreas Bonifosio Katipunan
2. Soekarno Parti Nasional Indonesia
3. Nguyen Thai Hoc Viet Nam Quac Dang Dang
4. Aung San Dobama Asiayone
5. Nai Pridi Panomyong Parti Rakyat
6. Ho Chi Minh Parti Komunis Vietnam

1. Nyatakan ciri-ciri nasionalisme di Thailand.
Tahap 1 :
- kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat di raja dan juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
- kesan perkembangan system pendidikan Barat menjadikan intelektual Thai terdedah kepada fahaman liberal dan demokrasi
- kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravurd menyebabkan rakyat tidak puas hati
Tahap 2 :
Perasaan tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

2. Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara.
2.1 Filipina :
Pada tahap 1 nasionalisme di Filipina dimulai oleh gerakan dakyah pimpinan Jose Rizal dan disokong oleh golongan pertangahan berpendidikan Barat. Nyatakan tuntutan pejuang tahap 1 ini.
- pejuang menuntut supaya Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol
- bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti yang diperolehi oleh bangsa Sepanyol
- diberi kebebasan bersuara
Pada tahap 2 nasionalisme di Filipina dipimpin oleh Andreas Bonifacio yang berjuang secara radikal. Nyatakan tuntutan tahap 2 ini.
- penubuhan Katipunan oleh Andrea Bonifacio
- penentangan secara radikal terhadap sepanyol
- matlamat perjuangan adalah untuk menyatukan rakyat Filipina dan memperjuangkan kemerdekaan secara revolusi.

3. Perjuangan kemerdekaan di Indonesia terbahagi kepada dua tahap.
Nyatakan secara ringkas perjuangan pada Tahap 1.
- memberi perhatian terhadap isu-isu pendidikan
- hanya pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia
- Raden Adjeng Kartini memperjuangkan pendidikan untuk kaum wanita melalui karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa.
- Muhammadiyah berusaha menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Membina sekolah, klinik dan masjid
Nyatakan secara ringkas perjuangan pada Tahap 2.
- perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia
- parti-parti politik lantang menuntut kemerdekaan dengan cara kekerasan

4. Nasionalisme Indo-China. M/s 20
Perjuangan nasionalisme di Indo-China pada peringkat awal dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai dari golongan Mandarin.
Perjuangan pada peringkat awal ini bertujuan untuk memulihkan Sistem pemerintahan beraja.
Selain daripada itu perjuangan nasionalisme Indo-China juga dipelopori oleh Golongan Menengah Berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat. Perjuangan nasionalisme tahap 2 di Indo-China bersifat radikal dan di pengaruhi oleh Viet Nam Quac Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam

Nasionalisme Burma.
Nasionalisme Tahap 1 di Burma dipimpin oleh
a. Golongan sami Buddha b. Golongan elit berpendidikan Barat
Terdapat satu isu yang digunakan oleh pejuang nasionalisme di Burma untuk membangkitkan semangat menentang penjajah. Apakahn isu tersebut ?Isu Kasut
Nyatakan kesan Laporan Montagu-Chalford. Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri
Pada tahun 1920 berlaku revolusi pelajar di Burma. Nyatakan tuntutan mereka.
1920 tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan universiti untuk mereka
Golongan Thakin telah menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada 1935 untuk menuntut kemerdekaan. Senaraikan nama-nama pemimpin Parti Dobama Asiayone. Aung San, Kyaw Nein dan U Nu.

Saturday, 12 October 2013

MUAT TURUN MODUL M-TEK PRINSIP PERAKAUNAN

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK DOWNLOAD:
  1. MODUL M-TEK : PRINSIP PERAKAUNAN

TIPS BELAJAR SEJARAH

Resource : mgtmawardi68



SEJAK akhir-akhir ini ada pelajar yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak berminat dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. 

WALAU APA ALASAN sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan  negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia.  Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya  dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.

JIKA anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang  besar?




PERTAMA, anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’.  Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.

KEDUA, anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.

KETIGA, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan Sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.

KEEMPAT, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.

KELIMA, anda kata pelajaran sejarah susah. Ada caranya untuk kita
permudahkan. Nanti saya tunjukkan.

KEENAM, anda masuk jurusan apapun di universiti anda tidak akan terlepas daripada sejarah. Tak percaya masuklah mana-mana universiti dulu.


Ada yang tidak sedar kepentingan sejarah itu dan letakkan di tepi. Patutkah  waktu peperiksaan  penggal, mata pelajaran sejarah itu diletakkan pada hari terakhir?.  Sedangkan ini mata pelajaran penting untuk mendidik warga Malaysia yang bertanggungjawab. Tindakan Kementerian Pelajaran mewajibkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus adalah wajar supaya kita tidak melahirkan warga yang buta sejarah sampai ke hari tua.

Saya pasti anda akan sedar kepentingan mata pelajaran sejarah semasa anda akan hadapi satu temuduga untuk biasiswa, pekerjaan dan perjawatan atau kenaikan pangkat setelah anda meninggalkan alam persekolahan. Saya pasti.

Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya  belajar sejarah ??  Saya  nyatakan kaedah mudah untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.


KAEDAH PERTAMA- Menggunakan Formula.

Tajuk: Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India. (bab:  7  ting 4)

ACI


JES

Negara                                 Tokoh
A= Arab                                J= John Crawford
C= China                              E= Emanuel Gadinho Eredia       
I= India                                 S= Snouck Hurgronje

Pelajar hafal formula ACI dan JES

Ayat penuh: 
Teori yang pertama ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford. Teori yang kedua ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia. Manakala teori yang ketiga pula ialah Islam datang dari india. Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.
Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui kaedah ini?.


KAEDAH KEDUA- melukis

Di dalam kelas sesetengah pelajar ada bakat melukis ataupun suka melukis. Jadi bolehlah melukis apabila sampai ke tajuk yang bersesuaian.  Tidak salah di dalam nota pelajar diletakkan satu lukisan supaya mudah mengingati  fakta. Dengan lain perkataan satu kali baca boleh ingat dalam jangka masa yang panjang.

Tajuk : Peranan/kepentingan Tasik Tonle Sap( sejarah ting 4 bab 3)



Ayat Penuh:
Peranan tasik Tonle Sap ialah menjadi kawasan penanaman padi sawah yang penting. Selain daripada itu kawasan sekitar tasik menjadi subur kerana mendapan lumpur pada musim kemarau. Peranan yang lain ialah tempat bekalan sumber protein atau ikan.

(Lihat perkataan bergaris dan bandingkan dengan perkataan dalam lukisan)

Mudah . Dengan hanya melukis. Yang penting ingat fakta. Lukisan comot  tak apa. Semasa menjawab soalan essei jangan pula dilukis gambar tasik tu. Hanya lukis dalam buku nota.


KAEDAH KETIGA- Persekitaran Pelajar

Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk tetentu yang boleh gunakan persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi  tajuk berkenaan. Malah bukan itu sahaja  kaedah ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar  untuk jangka masa yang lama, sebab setiap hari pelajar lihat persekitaran mereka.

Tajuk : Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus.(Bab 1 .Ting 4)

Untuk tajuk ini persekitaran pelajar yang saya gunakan ialah Pekan Jeniang, kerana pelajar saya tinggal di sekitar pekan Jeniang. Setiap hari mereka akan melepasi pekan Jeniang sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu mereka lihat jalan, bangunan yang ada itu setiap hari. Sesuatu yang mustahil jika masih lagi tidak dapat ingat dan rasa susah untuk belajar sejarah. Saya permudahkan tajuk di atas dengan cara seperti berikut.

Bandar Terancang Tamadun Indus
Mohenjo Daro dan Harappa
Pekan Jeniang
Jalan raya yang lurus
Jalan raya yang lurus
Ada pusat pentadbiran
Ada MPSP
Ada pusat keagamaan
Ada masjid dan  wat
Sistem kumbahan terancang
Sistem kumbahan terancang
Bangunan disusun berasaskan blok
Bangunan disusun berasaskan blok
Setiap blok dipisahkan jalan raya
Setiap blok dipisahkan jalan raya
Bandar dihubungkan dengan sungai
Jeniang juga ada sungai
Menggunakan ilmu geometri dan math
Menggunakan ilmu geometri dan math
Ada kawasan perumahan
Taman Sri Emas

Saya membandingkan persekitaran pelajar dengan bandar terancang tamadun Indus.  Jalan- setiap hari gunakan jalan itu. Masjid- sembahyang di masjid. Sistem kumbahan- hari-hari buang sudah tentu boleh ingat.  Sungai- setiap hari lihat sungai, memancing, mandi dsb.

Ini merupakan satu lagi cara mudah untuk ingati fakta tanpa bersusah payah. Hanya kaitkan dengan persekitaran atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah bukan.
KAEDAH KEEMPAT- Penguasan Fakta Melalui Kaedah Rakan Fakta


 Aktiviti 1: Pelajar menjawab soalan objektif  yang sama seperti di aktiviti satu
dan mencatat ayat buku teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu tepat. Pelajar juga dikehendaki mencatat muka surat berdasarkan buku teks yang dirujuk. Semua catatan itu ditulis di bawah soalan di ruang yang telah disediakan Catatan itu sebagai tanda pelajar memperolehi jawapan tepat dan fakta yang akan diingati oleh pelajar. Pelajar juga akan membuat pembetulan jawapan  semasa aktiviiti dua ini.

Aktiviti 2: Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca dan Terlihatsemasa
mencari ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa, gambar, peta dan istilah penting. Semua catatan tersebut dipindahkan  ke dalam buku notan

Aktiviti 3: Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka surat yang diperolehi  dari buku teks.

  1. Contoh pelaksanaan.
1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh guru
      
 Soalan 1

Apakah tujuan British melaksanakan dasar penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
A  Mengukuhkan kedudukan politiknya.
B  Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu
C  Menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu
D  Mengawal penduduk di kawasan yang dikuasainya

Jawapan:_______
Ayat Buku Teks:___________________________________________
M.S:________

CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.

_______________________________________________________


1.2 Tugas pelajar

1.    Mencari jawapan dalam buku teks
2.    Menulis jawapan  A, B, C atau D
3.    Menulis ayat dalam buku teks
4.    Menulis muka surat
5.    Mencatat peristiwa, gambar, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.
6.    Pelajar bertukar-tukar  maklumat

Friday, 11 October 2013

PENERBITAN BULETIN SEJARAH SEKOLAH MENENGAH UNTUK MURID SPM TAHUN 2013 DAN 2014


Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerbitkan Buletin Sejarah Edisi 1/2013 untuk kegunaan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terdapat tiga (3) edisi bagi tahun 2013 (Edisi 1/2013, Edisi 2/2013 dan Edisi 3/2013) dan tiga (3) edisi lagi akan dilaksanakan pada tahun 2014.
Buletin tersebut boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM seperti berikut :

Klik link di bawah untuk muat turun buletin:
BULETIN SEJARAH

  • EDISI PERTAMA
KLIK
  • EDISI KEDUA
KLIK
  • EDISI KETIGA
KLIK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...