Latihan Struktur T4 Bab 1: Warisan Negara Bangsa

 

Arahan: Jawab semua soalan

1. Konsep berikut berkaitan dengan hubungan antara pemerintah dan rakyat di Kesultanan Melayu Melaka. [2 markah]

  • Waadat
  • Tulah
(a) Apakah maksud konsep tersebut?
i. Waadat : Perjanjian 
ii. Tulah   : Kecelakaan yang menimpa seseorang kerana melanggar larangan atau titah raja dan menderhaka kepada raja.

(b) Jelaskan bidang tugas sultan Melaka. [2 markah]
Jawapan
Bidang tugas sultan Melaka ialah menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda. Selain itu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

(c) Bagaimanakah peranan rakyat di Kesultanan Melayu Melaka?
Jawapan
Peranan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah menunjukkan taat setia kepada pemerintah. Seterusnya mematuhi segala arahan pemerintah sultan dan tidak akan menderhaka kerana takut akan ditimpa tulah.

Perumpamaan berikut merujuk kepada hubung kait antara pemerintah dengan rakyat
  • Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon,
  • Jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri.
Mengapakah hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat penting kepada negara?

Jawapan
Hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat penting kepada negara kerana dapat menjamin kesejahteraan negara. Hal ini dapat mengukuhkan keamanan negara sekaligus memelihara kedaulatan raja.

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE