KERTAS PERCUBAAN SEJARAH SPM NEGERI PERLIS 2022 (SOALAN 1-4 STRUKTUR)

 



1. Rajah 1 berkaitan Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

(a) Apakah X dan Y

Jawapan

X: Bendahara
Y: Penghulu Bendahari

(b) Apakah peranan pembesar di soalan 1(a) [4 markah]

Jawapan
Bendahara merupakan ketua pentadbir dan Ketua Turus Angkatan Tentera dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu Bendahara memain kan peranan sebagai penasihat dan pemangku Sultan.
        Penghulu Bendahari pula bertanggungjawab mengurus perbendaharaan kerajaan dengan teratur melalui kutipan hasil dari aktiviti perdagangan dan kutipan hasil cukai atau ufti daripada wilayah taklukan atau naungan. Tugas ini dilakukan oleh Syahbandar. 

Teliti gambar dalam poster berikut
(c) 

Ulaskan nilai patriotik yang digambarkan dalam poster tersebut. [4markah]

Jawapan
Nilai patriotik yang dapat digambarkan dalam poster tersebut ialah nilai cinta akan negara. Hal ini dibuktikan dengan perjuangan Mat Kilau yang sanggup berkorban untuk negara dengan menentang penjajah British. Sikap Berani Mat Kilau ini amat penting bagi mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara yang tercinta ini.

2. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 dengan menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.

(a) Nyatakan dua anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) [2 markah]

Jawapan
i. Malcolm Mac Donald
ii. E.E.C Thuraisingham
iii. Tan Cheng Lock
iv. Dato Onn Jaafar

(b) Jelaskan isu yang dibincangkan dalam CLC. [4 markah]

 Jawapan
Isu yang dibincangkan dalam CLC ialah tentang politik. Hal ini kerana perbincangan CLC menjurus kepada persediaan ke arah berkerajaan sendiri. Selain itu, CLC turut membincangkan kedudukan istimewa orang Melayu. Orang Melayu menuntut supaya kedudukan istimewa mereka sebagai penduduk asal rantau Alam Melayu diperakui dan diiktiraf. 
    CLC turut memberi penekanan kepada soal kedudukan ekonomi orang Melayu yang tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu terutama dalam sektor perniagaan dan perusahaan.
        Seterusnya CLC membincangkan isu kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu dan ketegasan orang Melayu terhadap pemberian syarat kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Isu pendidikan seperti isu sistem persekolahan yang berbeza-beza mengikut kaum dan penggunaan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang tidak seragam turut dibincangkan dalam CLC.

(c) Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada pembentukan CLC dalam  usaha melahirkan masyarakat yang saling bertolak ansur? [4 markah]

Jawapan
Iktibar yang boleh dipelajari daripada pembentukan CLC dalam usaha melahirkan masyarakat yang saling bertolak ansur ialah kita perlu mencari peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, pembentukan CLC membuktikan bahawa masyarakat perlu saling menghormati dan menghalang prasangka dan diskrimasni bagi mewujudkan toleransi antara kaum. Dengan meraikan dan menghargai kepelbagaian, sentimen perkauman dapat dihalang demi mewujudkan semangat tolak ansur dalam masyarakat.

3. Pada 20 Januari 1963, Indonesia telah mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia 
(a) Nyatakan secara ringkas tentang dasar konfrontasi Indonesia. [3 markah]

Jawapan
Dasar konfrontasi Indonesia telah diumumkan oleh Dr Subandrio Menteri Luar Indonesia dengan melancarkan slogan Ganyang Malaysia. Tentera Indonesia telah melancarkan serangan gerila di Sarawak pada tanggal 16 Januari sehingga 27 Mac 1963. Seterusnya pendaratan gerila turut dibuat di Johor dan Sarawak pada bulan Ogos hingga Disember 1964. Tentera Indonesia telah berbals tembakan dengan tentera Malaysia di Kalabakan, Sabah pada tanggal 12 April 1963. Akhir sekali Gerila Indonesia telah ditahan oleh pasukan tentera Malaysia pada 2 September 1964.







CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE