BAB 1 : NOTA SOALAN FOKUS SEJARAH SPM 2022 BAB 1 T4 WARISAN NEGARA BANGSA





Contoh Soalan  

1.  Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka (KMM) mempunyai Sistem Pentadbiran  
yang Unggul ?  
2.  Keunggulan Sistem Pentadbiran KMM menjadikan KMM sebuah kerajaan yang  
masyhur. Buktikan   
3.  Jelaskan sistem pentadbiran dalam KMM.

Sistem Pentadbiran KMM  
1. Sultan merupakan tonggak utama dalam KMM
2. Tersusun dan berhierarki  
3.  Mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan
4.  Mempunya dua peringkat iaitu pentadbiran pusat dan jajahan  
5.  Pembesar Empat Lipatan melaksanakan pentadbiran di peringkat pusat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.  
6.  Bendahara  berperanan sebagai Ketua Pentadbir dan Penasihat Sultan. 
7.  Penghulu Bendahari berperanan mengurus perbendaharaan kerajaan  
8.  Temenggung berperanan menjaga keamanan di darat (Kota Melaka)  
9.  Laksamana berperanan menjaga selat Melaka.  
10.  Peringkat Jajahan, pembesar berperanan menguruskan pentadbiran di kampung  
11. Peranannya sebagai mengutip cukai   

Contoh Jawapan Penuh   
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem Pentadbiran yang unggul. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka tersusun dan berhierarki. Pentadbiran dalam Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat  Lipatan dan terdapat dua peringkat dalam pentadbiran KMM iaitu peringkat pusat dan  jajahan.  
   Pentadbiran pada peringkat pusat  dilaksanakan oleh pembesar berempat iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Bendahara  berperanan sebagai Ketua Pentadbir dan menjadi Penasihat Sultan. Penghulu Bendahari berperanan mengurus hal ehwal perbendaharaan kerajaan. Temenggung berperanan menjaga keamanan di darat (Kota  Melaka) manakala Laksamana berperanan menjaga keselamatan perairan selat Melaka.  











































Disediakan Oleh Cikgu Wan Arif    

UNDANG-UNDANG KESULTANAN MELAYU MELAKA  
HUKUM KANUN MELAKA  
(Kandungannya ialah Jenayah, Peranan Sultan dan Pembesar, Kekeluargaan dan Ekonomi)  
Jenayah  
-Hukuman setimpal dikenakan terhadap  perbuatan jenayah  
-Contoh perbuatan jenayah seperti  mencuri, menikam dan membunuh  -Hukuman bunuh dikenakan kepada yang  membunuh orang lain dan ingkar arahan  sultan  -Bertujuan mewujudkan keharmonian  dalam kekeluargaan.  
-Contohnya dalam hal perkahwinan  
-Pernikahan/ perkahwinan memerlukan 4  orang saksi  atau 2 orang saksi.  
-Hamda abdi dan wanita tidak boleh jadi  saksi  
Peranan Sultan dan Pembesar  
Ekonomi  
-Peraturan yang jelas dalam perniagaan  -Tujuaan untuk mengawal perdagangan di  Melaka  
-Amalan riba diharamkan  
-Perlu melafazkan niat jual beli   
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA  
(Kandungannya ialah Peranan Nakhoda, Jenayah, Pelayaran dan Percukaian)  
Peranan Nakhoda  
-Nakhoda berperanan penuh dalam  pelayaran  
-Nakhoda diibaratkan raja dalam pelayaran  -Semua pihak mesti patuh arahan nakhoda.  -Diberi keutamaan 4 hari utk berniaga  
-Jika nakhoda hendak singgah di tempat  yang tiada dalam senarai perlu  bermesyuarat dengan semua orang dalam  kapal  -Peranan Pegawai lain selain nakhoda  -Contohnya, jurumudi, malim dan jurubatu.  -Mereka berperanan memastikan pelayaran  selamat dan lancar.  
-Malim – perlu arif dalam pelayaran  
              - Mengetahui keadaan ombak dan                      Ombak serta kedudukan bulan dan                    Bintang.  
-Jika Malim lalai menyebabkan pelanggaran  boleh dikenakan hukuman bunuh           
Jenayah   
-Perbuatan jenayah di atas kapal akan  menggugat ketenteraman dan keselamatan  isi kapal.  
-Perbuatan jenayah seperti membunuh,  mencuri dan menikam diatas kapal akan  dikenakan hukuman bunuh    Percukaian   
-Pelbagai jenis cukai dikenakan dalam  urusan perdagangan  
-nakhoda menentukan cukai kepada  penumpang  
-Jumlah cukai 1/10 daripada hasil  penumpang.  
Contoh Soalan  
Mengapakah Undang-undang Diperkenalkan  -Rujuk jadual KBAT PES (positif)  Kesan jika tidak patuh undang-undang – Rujuk jadual KBAT PES (negative)  















































Disediakan Oleh Cikgu Wan Arif   

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE