BAB 3- KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA (NOTA 1)

Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa
Pembentukan Negara Bangsa Malaysia
1.      Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara.
2.      Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.
3.      Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa,budaya,dan kepercayaan.
4.      Bangsa Malaysia telah dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.
5.      Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan,pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.
6.      Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka semasa penjajahan Barat ,dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan sebaik sahaja negara Malaysia terbentuk.
7.      Proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu dan progresif masih berterusan  sehingga kini.
8.      Pembentukan negara kita adalah proses yang melibatkan rundingan,pakatan murni,dan tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar di rantau ini.

Pembinaan Negara dan Bangsa

Pembinaan Negara dan bangsa Eropah
1.      Idea pembinaan negara dan bangsa Eropah telah bermula di Barat pada penghujung abad ke 18 dan abad ke 19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688,Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan revolusi Perancis 1789.
2.      Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal.
3.      Zaman moden di Eropah yang bermula pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke 16 amat penting kerana bermulanya kelunturan entiti politik yang berasaskan keagamaan.
4.      Para nasionalis telah menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara dan bangsa masing-masing.
5.      Dalam Persidangan Damai Paris di Perancis,kata sepakat telah dicapai melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
6.      Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa..
7.      Kesannya empayar Austria,Hungary,dan Turki yang berada di puhak yang kalah telah dibahagi-bahagikan dan ini menyebabkan golongan etnik dan bangsa beroleh kemerdekaan.
8.      Ini menyebabkan muncul negara bangsa baru di Eropah iaitu Czecholslovakia,Estonia,Finland,Latvia,Lithuania,Poland,dan Yugoslavia.


CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE