Sunday, 23 June 2013

SOALAN KERTAS 3 BAB 7:SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA


Tema/Tajuk:11.2 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
Soalan:Huraikan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan raja Berpelembagaan di Malaysia dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini.

Peringatan
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Format
Aspek
Perincian
Markah Penuh
Pengenalan
Memahami latar belakang sistem pemerintahan negara
1.      Pengenalan
Jelaskan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen.
5 markah
Isi dan Huraian
Memahami ciri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen.
2.      Ciri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen.
Bincangkan cirri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen daripada aspek-aspek berikut:
·         Perlembagaan[10m]
·         Raja Berpelembagaan[10m]
·         Kuasa pemerintahan[10m]
30 markah

Menganalisis bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
3.      Bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Terangkan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memajukan negara.
15 markah

Mengaplikasi Demokrasi Berparlimen dimanfaatkan demi kestabilan negara.
4.      Demokrasi berparlimen dimanfaatkan demi kestabilan negara.
Bagaimanakah kita memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkan kestabilan politik di Malaysia?








15 markah

Menilai kejayaan yang dicapai oleh negara kesan daripada kestabilan politik




5.      Kejayaan yang dicapai oleh negara kesan daripada kestabilan politik.
Berdasarkan pemerhatian anda,jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kesan daripada kestabilan politik.
10 markah

Mencipta/menjana idea menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
6.      Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
     a.       Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam memantapkan kestabilan politik demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.[5m]
     b.      Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.[5 markah]
10 markah

Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada sistem pemerintahan yang sistematik dalam mengekalkan keharmonian negara.
7.      Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada sistem pemerintahan yang sistematik dalam mengekalkan keharmonian negara.
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang dapat diterap daripada sistem pemerintahan yang sistematik dalam mengekalkan keharmonian negara.
10 markah
Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan
8.      Rumusan
      ·         Pengetahuan yang diperoleh.
      ·         Iktibar kepada diri,bangsa,dan negara.
      ·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.
5 markah

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam cigu.. bole bagi skema jawapn dalam bentuk esei ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...