Wednesday, 7 August 2013

SOALAN MODUL UMUM LATIHAN BERFOKUS SPM SEJARAH KERTAS 3 DAN SKEMA JAWAPAN




Untuk makluman.Soalan ini akan menjadi soalan selaras bagi Peperiksaan Percubaan SPM Kertas 3 2013 di Pulau Pinang. 


PERATURAN PEMRKAHAN (MODUL LATIHAN BERFOKUS TINGKATAN 5)
Huraikan cirri-ciri negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan Malaysia pada hari ini.
Soalan
Butiran
Markah
1.      Konsep negara bagi masyarakat Melayu tradisional berbeza daripada negara moden pada hari ini.
Jelaskan konsep negara dan bangsa dalam masyarakat Melayu tradisional.
Pengenalan
·         Muncul kerajaan disebabkan adanya raja
·         Kedudukan raja tinggi dan istimewa dalam kerajaan
·         Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik
·         Menjamin keselamatan rakyat
·         Rakyat yang mendiami wilayah akan mengakui kekuasaan raja.
·         Kesetiaan rakyat akan menentukan sempadan kerajaan/wilayah
·         Kerajaan kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lemah untuk mengembangkan empayarnya
·         Kesultanan Melayu Melaka
·         Negeri bererti kawasan
·         Negeri Larut/Bernam/Krian
5 markah
2.      Setiap negara mempunyai latar belakang sendiri dalam pembinaan negara dan bangsa.

Bincangkan latar belakang pembinaan negara dan bangsa berikut
      (a)    Itali
      (b)   Jerman
      (c)    Kerajaan Islam Madinah
      (d)   Negara Malaysia
(a)   Itali
·         Pada mulanya dibahagikan kepada beberapa buah wilayah.
·         Di bahagian utara,beberapa wilayah masih dikuasai oleh orang Austria
·         Seperti Venetia/Lombardy
·         Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan
·         Mengahalau orang Austria dari Itali
·         Menggunakan amalan realpolitik
·         Count Camillo Benso di Cavour
·         Berusaha menyatukan Itali supaya menjadi sebuah negara
·         Menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki
·         Bekerjasama dengan Napoleon III bagi menentang Austria
·         Hasil bantuan Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria
·         Melalui pungutan suara
·         Memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali
·         Sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria
·         Wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali
·         Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom
·         Count Camillo Benso di Cavour menyatukan rom dan Itali
·         Penyatuan ini membentuk sebuah negara bangsa Itali
(b)   Jerman
·         Otto Eduard von Bismarck
·         Mengamalkan realpolitik
·         Politik darah dan besi
·         Menyatukan Jerman
·         Menggunakan tipu helah
·         Menggunakan pemalsuan dokumen
·         Menggunakan provokasi
·         Menggunakan ugutan
·         Menganjurkan sistem kediktatoran
·         Menggunakan isu membenci kuasa asing untuk membangkitkan semangat rakyat
·         Berperang dengan Denmark,Austria dan Perancis
(c)    Kerajaan Islam Madinah
·         Penyatuan melalui prinsip Islam
·         Nabi Muhammad s.a.w
·         Menyusunkan perlembagaan terlebih dahulu
·         Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk berbilang kaum
·         Membentuk negara Islam
·         Melalui cara diplomasi
·         Melalui musyawarah
·         Melalui cara permuafakatan
·         Wujud kerjasama antara pemimpin dengan rakyat
·         Wujud kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin.
(d)   Negara Malaysia
·         Kerjasama pemimpin
·         Tidak melibatkan pertumpahan darah
·         Kemerdekaan dicapai
·         Melalui rundingan
·         Pakatan murni
·         Tolak ansur antara tiga kaum
·         Kebijaksanaan pemimpin
(mana-mana 30x1m=30m)



30 markah
3.      Huraikan cirri-ciri pembinaan negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
Wilayah Pengaruh
·         Kawasan yang rakyat memperakui pemerintahan seorang raja
·         Mempunyai kawasan lingkungan pengaruh luas tanpa sempadan
·         Meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera
Kedaulatan
·         Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
·         Tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak
·         Merujuk kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah negara/pemerintah
·         Menggunakan kuasa ini untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang
·         Mempunai kuasa mutlak terhadap rakyat
·         Memastikan negara bebas daripada campurtangan/paksaan/taklukan kuasa asing
·         Merujuk raja yang memerintah
Lambang
·         Symbol yang menjadi identity sesebuiah negara
·         Sistem pemerintahan
·         Adat istiadat Melayu
·         Agama Islam
·         Alat regalia
·         Nobat
·         Warna
·         Bahasa Istana
·         Undang-undang
·         Protokol
Keunggulan undang-undang
·         Mengawal masyarakat melalui peraturan yang diwartakan
·         Memelihara keamanan
·         Melindungi rakyat
·         Menentukan struktur kerajaan/kehakiman/bahasa/agama dan kerakyatan
·         Dipengaruhi oleh hokum adat tempatan dan agama Islam
·         Hukum Kanun Melaka
·         Menyentuh kuasa raja dan pembesar
·         Pantang larang di kalangan anggota masyarakat
·         Undang-undang laut Melaka
·         Tatacara pelayaran di laut
·         Tanggungjawab pengawal kapal/aturcara pelayaran/perniagaan
Rakyat
·         Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
·         Terikat dengan undang-undang/peraturan dalam wilayah
·         Mentaati raja yang memerintah
·         Mempertahankan negara/menghadiri adat istiadat kerajaan/gotong-royong
Kerajaan
·         Badan yang berkuasa untuk menguruskan pentadbiran/menjaga keamanan dll
·         Kerajaan wujud apabila adanya raja
·         Raja merupakan pemerintah tertinggi
·         Dibantu oleh Bendahara/Penghulu Bendahari/Temenggung/Laksamana
·         Sistem Pembesar Empat Lipatan
·         Menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan di Melaka
(mana-mana 15x1m=15m)

15 markah
4.      Apakah keistimewaan cara pembinaan negara dan bangsa Malaysia?
·         Kerjasama pemimpin
·         Menyatukan pelbagai kaum
·         Kerjasama parti perikatan
·         Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan
·         Rundingan UMNO-CLC
·         Konvesyen Kebangsaan diadakan
·         Sistem Ahli ditubuhkan
·         Pakatan murni diwujudkan
·         Tolak ansur antara kaum
·         Berkat kebijaksanaan pemimpin
·         Melaksanakan pilihan raya
·         Suruhanjaya Reid menggubal perlembagaan
·         Tidak melibatkan pertumpahan  darah
·         Kemerdekaan dicapai melalui rundingan
·         Melalui Perjanjian London
(mana-mana 15x1m=15m)




15 markah
5.      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,nyatakan kejayaan negara dan bangsa Malaysia yang dapat dibanggakan oleh generasi hari ini
·         Negara aman dan damai bersatu padu
·         Rakyat Malaysia hidup harmoni
·         Model perbankan Islam
·         Sekolah bestari/sekolah wawasan
·         Imej baik negara dipandang tinggi
·         Persidangan bertaraf antarabangsa
·         Mengamalkan prinsip demokrasi
·         Pendidikan bertaraf dunia/hub pendidikan
·         Mengamalkan kebebasan beragama
·         Mengamalkan kebebasan bersuara
·         Penghasilan produk halal untuk pasaran antarabangsa
·         Menghasilkan barangan buatan Malaysia/Proton Saga/Perodua
·         Menghantar angkasawan pertama negara ke ISS/Datuk Dr Syeikh Muszaphar Shukor
·         Ahli sukan bertaraf dunia/Datuk Lee Chong Wei/Datuk Nicol Ann David/Zulfahmi Khairuddin/Pandalela Renong dan ahli-ahli sukan yang bertaraf dunia
·         Kestabilan politik
·         Kemajuan ekonomi
·         Menara Kuala Lumpur
·         Langkawi Geo Park
·         Pendakian Gunung Everest
·         Malaysia destinasi pelancongan
·         Kemajuan sistem pengangkutan
·         Kemajuan dalam bidang ekonomi
·         Pembinaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran
·         Pengiktirafan pertubuhan antarabnagsa terhadap kejayaan Malaysia
·         Pembinaan Jambatan Pulau Pinang/Jambatan Pulau Pinang kedua
·         Melahirkan pemimpin bertaraf dunia/Tun Dr.Mahathir Mohamad/Tan Sri Razali Ismail (Presiden Majlis Keselamatan PBB)
Mana-mana jawapan yang munasabah
(mana-mana 10x1m=10m)




10 markah
6.      Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara























(ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas
Politik
·         Perpaduan
·         Kerjasama antara kaum
·         Perbalahan politik
·         Pencerobohan ruang udara dan laut
Mana-mana yang munasabah
Ekonomi
·         Bergantung kepada negara luar
·         Bergantung kepada pelabur asing
·         Aliran wang keluar
·         Inflasi
·         Kejatuhan nilai matawang
·         Penghijrahan tenaga mahir tempatan ke luar negara
·         Persaingan daripada negara-negara maju
·         Persaingan dengan negara lain untuk menarik pelabur asing
Mana-mana yang munasabah
Sosial
·         Masalah jenayah
·         Kemasukan pendatang tanpa izin
·         Gejala sosial
·         Masalah rasuah
Mana-mana yang munasabah


Politik
·         Menghargai keamanan
·         Menjayakan konsep 1 Malaysia
·         Merealisasikan Wawasan 2020
Mana-mana jawapan yang munasabah
Ekonomi
·         Memperkenalkan dinar emas
·         Meningkatkan kualiti barangan
·         Memperluas perbankan Islam
·         Mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia
·         Mengadakan promosi/pameran di dalam dan luar negara
·         Menambahkan rangkaian perdagangan dengan negara jiran
Mana-mana jawapan yang munasabah
Sosial
·         Pendidikan berkualiti
·         Transformasi pendidikan
·         Menggubal kurikulum pendidikan sepanjang hayat
·         Menggalakkan pendidikan sepanjang hayat
·         Memajukan sistem pendidikan
·         Malaysia menjadi hub pendidikan
·         Menggalakkan kemasukan pensyarah luar bertaraf dunia
·         Merealisasikan falsafah Pendidikan Kebangsaan
·         Memperkasa Bahasa Inggeris
·         Menerapkan integrity/anti rasuah
·         Memelihara budaya dan warisan negara
·         Menghantar pelajar mengikuti latihan di luar negara
·         Menambahkan pusat pengajian tinggi yang berasaskan kemahiran ICT
Mana-mana jawapan yang munasabah
(mana-mana 5x1m=5m)
10 markah
7.      Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism yang diperoleh daripada pembinaan negara dan bangsa Malaysia dalam melahirkan warganegara yang patriotik
Nilai murni
·         Jati diri
·         Bersyukur
·         Perpaduan
·         Kerjasama
·         Berdaya saing
·         Berkemahiran
·         Bijak mengambil peluang
·         Kebijaksanaan pemimpin
·         Berjimat-cermat/menabung
·         Penguasaan ilmu pengetahuan
·         Pembangunan dan penyelidikan
·         Berani mempertahankan negara
·         Kegigihan/kesungguhan bekerja

Iktibar
·         Mengamalkan prinsip rukun negara
·         Mengutamakan perpaduan
·         Mengutamakan persamaan
·         Menghargai kebebasan beragama
·         Menjaga nama baik negara
·         Membeli barangan buatan Malaysia
·         Menyertai pasukan keselamatan untuk mempertahankan kedaulatan negara
·         Bekerja di negara sendiri
Mana-mana jawapan yang munasabah
(mana-mana 10x1m=10m)


10m
8.       
Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh.
Iktibar kepada diri bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
Mana-mana jawapan yang munasabah
(mana-mana 5x1m=5m)
5 markah




1 comment:

  1. cg , tolong email set kertas 3 sekali jawapan . (kertas 3 bab 6 tingkatan 5)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...