Tuesday, 21 April 2015

TEMA 7 : PENINGKATAN TAMADUN (T4)


BAB 2 : TEMA 7 PENINGKATAN TAMADUN
Soalan Umum
Tamadun manusia bersifat dinamik, maka tamadun awal terus berkembang kerana masyarakat yang mendukung tamadun tersebut sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuan seperti yang berlaku dalam tamadun Yunani,Rom,India,dan China.Peningkatan tersebut dapat diukur melalui pencapaian politik,ekonomi dan sosial.

Soalan Khusus
Bincangkan peningkatan tamadun manusia di Yunani, Rom, India, dan China dalam bidang sosial serta kaitannya dengan kesejahteraan hidup masyarakat di negara kita hari ini.

Peringatan
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
FORMAT
PERINCIAN
MARKAH
PENGENALAN
Memahami
1 Pembangunan negara perlu berpaksikan kepada kerangka pembangunan yang komprehensif,iaitu kemajuan ekonomi perlu diimbangi dengan pembangunan sosial.
Nyatakan konsep pembangunan sosial semasa peningkatan tamadun manusia.

5 markah
ISI DAN HURAIAN
Memahami
2 Pendidikan membantu manusia meningkatkan tahap intelek yang seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.
Terangkan perkembangan sistem pendidikan tamadun berikut:
(i) Yunani [10 m]
(ii) Rom [ 5 m ]
(iii) India [5 m ]
(iv) China [ 10 m ]
30 markah

Menganalisis
3 Bidang sains dan teknologi turut berkembang semasa peningkatan tamadun.Keadaan ini berlaku kerana ahli sains dan ahli teknologi merujuk pengetahuan tamadun terdahulu untuk dimajukan.
Terangkan perkembangan bidang sains dan teknologi tamadun berikut:
(i) Yunani [ 5m ]
(ii) Rom    [ 2 m ]
(iii) India  [4 m ]
(iv) China [4 m ]





15 markah

Mengaplikasi
4 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani emosi dan jasmani.
-Sebahagian petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan-
Bagaimanakah anda dapat menjayakan hasrat tersebut?
15 markah

Menilai
5 Malaysia telah mencapai tamadun yang tinggi dalam bidang sosial setanding dengan negara maju di dunia.Buktikan.
10 markah

Mencipta/menjana idea
6 Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni.Dasar ini diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003.

Berikan cadangan anda bagi merealisasikan hasrat tersebut.

10 markah

Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
7 Sesuatu yang amat penting untuk mendirikan tamadun yang tinggi ialah budaya dan nilai hidup yang dipegang dan diamalkan.
-Mantan Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad
Apakah budaya dan nilai hidup tersebut?

10 markah
KESIMPULAN
Merumus
8 Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri,bangsa, dan negara.
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

5 markah

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...