KERTAS PERCUBAAN SEJARAH SPM KELANTAN 2022 (SOALAN 1-4 STRUKTUR)

1. Golongan Intelektual (cerdik pandai) memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme di negara kita.

(a) Jelaskan peranan golongan intelektual berikut.

(i) Intelektual Melayu [3 markah]
Peranan golongan intelektual Melayu ialah meniupkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar. Antara tokoh intelektual Melayu yang dikenali ialah Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan, O.T Dussek dan Harun Aminurrashid. Golongan intelektual ini terdiri daripada tokoh penulis dan telah mewujudkan Pejabat Karang Mengarang bagi menghasilkan buku berkualiti dan mengasah bakat pelajar dalam bidang penulisan.
    Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah telah menjadikan SITC sebagi pusat ilmu dan kebangkitan idea pembaharuan dari luar. Kurikulum SITC yang menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan keagungan empayar Melayu telah menyemai semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar. Hal ini sekaligus, menjadi asas kepada penubuhan Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan melahirkan Kesatuan Melayu Muda.

(ii) Intelektual Inggeris [3 markah]
Peranan golongan intelektual Inggeris dalam perkembangan nasionalisme dapat dilihat apabila mereka melatih anak bangsawan bagi diserapkan dalam pentadbiran Inggeris. Tokoh-tokoh intelektual Inggeris seperti Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Mohammad Eunos Abdullah, Raja Uda Raja Muhammad telah menggunakan kedudukan mereka untuk menyuarakan hak mendapatkan pendidikan orang Melayu. Mereka telah menuntut British supaya memperbaiki taraf hidup orang Melayu dan menuntut lebih banyak peluang kerja kepada orang Melayu dalam jabatan kerajaan. Perjuangan golongan intelektual Inggeris ini telah menggunakan akbhar Warta Malaya, Lembaga, dan Utusan Melayu sebagai wadah menyalurkan idea perjuangan mereka.

(b) Golongan intelektual mempunyai peranan besar dalam pembinaan dan pembangunan negara bangsa.
Sumber: bharian.com.my 20 Februari 2021
Berikan ulasan anda. [4 markah]

Jawapan
Golongan intelektual mempunyai peranan besar dalam pembinaan dan pembangunan negara bangsa kerana berperanan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Hal ini dibuktikan dengan peranan mereka menyumbang idea bernas kepada kerajaan khususnya dalam menghasilkan inovasi dan mencipta teknologi baru. Golongan intelektual juga menjadi pakar rujuk dalam bidang tertentu dan bertanggungjawab dalam merancang pembangunan negara.

2. Perlaksanaan Sistem Ahli banyak memberi kebaikan kepada penduduk persekutuan Tanah Melayu.
Sumber: ( Mohd Isa Othman : Sejarah Malaysia 1800-1963)

(a) Jelaskan latar belakang pembentukan Sistem Ahli. [3 markah]

Jawapan
Latar belakang pembentukan Sistem Ahli ialah Sistem Ahli bertujuan untuk melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Sistem ini telah diumumkan pada tahun 1951 di bawah pentadbiran Sir Henry Gurney. Sistem Ahli telah dilaksnakan bermula April 1951 sehingga bulan Jun 1955 dimana setiap anggota MPP diberi tanggungjawab dalam menguruskan jabtan atau agensi kerajaan. 
    Dalam Sistem Ahli terdapat 3 portfolio yang masih kekal di bawah Pentadbiran British iaitu Hal Ehwal Ekonomi, perindustrian , perhubungan sosial perumahan dan kerja raya. Bermula tahun 1954, berlaku rombakan dalam Sistem Ahli di mana beberapa portfolio baharu diwujudkan dan dianggotai oleh warga PTM yang menjadi anggota MPP.

(b) Apakah ciri-ciri Sistem Ahli [3 markah]

Jawapan
Ciri-ciri sistem Ahli ialah ahli bertaraf menteri yang bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan atau agensi kerajaan. Seterusnya ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja dan bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatan untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Namun demikian ahli masih diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi dan satu kabinet bayangan yang terdiri daripada pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.

(c) Sistem Ahli banyak memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Beri penjelasan anda [4 markah]

Jawapan
Sistem Ahli banyak memberi manfaat kepada penduduk tempatan kerana Sistem Ahli menjadi asas untuk melatih penduduk tempatan dalam proses ke arah berkerajaan sendiri. Selain itu sistem ahli mampu memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir bagi menerajui sendiri kerajaan dan pentadbiran negara. Hal ini dapat menyumbang kepada proses memupuk perpaduan kaum sebagai langkah mendapatkan sokongan rakyat bagi memperoleh kemerdekaan negara. 

3. Perlembagaan Persekutuan 1957 melambangkan kedaulatan negara kita yang merdeka namun telah mengalami pindaan utama pada tahun 1963 dan 1965.

(a) Apakah maksud perlembagaan. [2 markah]

Jawapan
Maksud perlembagaan ialah perlembagaan merupakan undang-undang bertulis dan menjadi peraturan tertinggi negara. Perlembagaan menjadi panduan kepada pemerintah dan menjadi teras dalam pemerintahan negara. Akhir sekali perlembagaan merupakan Dokumen Rasmi Negara.

(b) Nyatakan perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963 dan 1965

Jawapan
Antara perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963 dan 1965 ialah menggabungkan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Selain itu perlembagaan telah mengubah struktur Mahkamah Atasan mengikut model Mahkamah Tinggi England yang membahagikan mahkamah kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Atasan diwujudkan di Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah serta Singapura. Tujuannya ialah berfungsi mendengar persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
    Seterusnya pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo bagi menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah. Jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan dan berpusat di Kuching, Sarawak. Jawatan Yang-Dipertua Negeri turut diwujudkan dan perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi bagi Sarawak dan Kabinet Negeri bagi Sabah. Pindaan turut dilakukan dengan mengeluarkan Singapura daripada Malaysia dan memansuhkan perkara berkaitan imigresen. Beberapa pindaan turut melibatkan kewangan, hubungan luar dan urusan pertahanan.

(c) Terdapat segelintir masyarakat yang cuba menggugat perlembagaan negara kita pada masa ini. Sebagai pemimpin apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya? [4 markah]

Jawapan
Langkah yang perlu diambil oleh pemimpin bagi membendung segelintir masyarakat yang cuba menggugat perlembagaan ialah menguatkuasakan undang-undang. Pemimpin juga boleh mengukuhkan semangat patriotisme dalam masyarakat melalui aktiviti kenegaraan seperti mengadakan kempen sayangi Malaysia. Pemimpin perlulah menekankan kepentingan penghayatan Rukun Negara dan menerapkan unsur nilai murni kepada masyarakat. Hal ini dapat memberikan kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda agar sentiasa taat setia kepada pemimpin negara.

4. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang menjejaskan keamanan negara.


(a) Nyatakan faktor tercetusnya peristiwa tersebut. [3 markah]

Jawapan
Faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 ialah kesan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial negara. Hal ini berikutan keadaan keputusan pilihanraya ke-3 yang menjadi penyebab utama kepada ketegangan semasa dalam kempen pilihanraya. Parti politik telah mengeksploitasi isu sensitiviti kaum dan keagamaan dan hal ini menyebabkan PKM mengambil kesempatan untuk mempengaruhi penduduk supaya bermusuhan antara kaum. Seterusnya perarakan kemenangan pilihanraya yang tidak terkawal telah menimbulkan kekacauan dan tindakan provokatif antara kaum.

(b) Jelaskan langkah yang diambil bagi mengatasi peristiwa tersebut. [3markah]

Jawapan
Langkah yang perlu diambil bagi mengatasi peristiwa tersebut ialah kerajaan telah mengisytiharkan darurat dan perlembagaan serta parlimen telah digantung. Pusat perlindungan telah diwujudkan dan perintah berkurung telah dikuatkuasakan. Kerajaan juga telah memastikan mangsa rusuhan dipindahkan ke pusat perlindungan di Stadium Merdeka dan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyusun semua perkhidmatan penerangan kerajaan. MAGERAN telh ditubuhkan dan semua pemimpin masyarakat disatukan di bawah Jawatankuasa Muhibah. Raja-raja Melayu contohnya Raja Perak turut memainkan peranan dengan menasihati rakyat supaya menjaga keamanan dan mengekalkan keamanan.

(c) Mengapakah keharmonian kaum di negara kita perlu dikekalkan? [4 markah]

Jawapan
Keharmonian kaum di negara kita perlu dikekalkan bagi mewujudkan kestabilan politik dan menjaga keamanan negara. Hal ini bagi mewujudkan suasana muhibah antara kaum seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi yang mantap. Keharmonian kaum perlu dikekalkan sebagai langkah menjaga imej negara di mata dunia dan memupuk sikap saling menghormati budaya dan agama kaum lain di negara kita. Hal ini secara tak langsung mengukuhkan lagi perpaduan antara rakyat demi mencapai kepentingan nasional.


















CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE