CONTOH SOALAN & SKEMA KERTAS 3 BAB 2


TAJUK UMUM TUGASAN

Tajuk 7.1              -              Tamadun Awal Dunia

(Merujuk tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 2)

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;
i.                 Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain
ii.               Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks,buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
iii.             Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.




TAJUK 7.1 – Peningkatan Tamadun

Tema/Tajuk        : Bab 2 Tingkatan 4

Soalan:

Huraikan  peningkatan dan sumbangan tamadun awal dunia dalam aspek politik dan hubungkaitnya dengan kemajuan  negara Malaysia pada hari ini.

Peringatan;
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Format
Aspek
Perincian
Markah penuh

Pengenalan

Memahami latar belakang  tamadun awal dunia.

1.       Pengenalan
Jelaskan secara ringkas tentang;
-Latar belakang peningkatan tamadun awal  dunia.


5 markah

Isi dan Huraian

Memahami  peningkatan tamadun dalam aspek politik




2.       Peningkatan politik tamadun awal

Terangkan aspek peningkatan politik dalam tamadun  Yunani dan Rom berkaitan:
-          Pentadbiran (15m)
-          Perundangan(15m)



30 markah

Menganalisis sumbangan tamadun awal kepada dunia dalam bidang politik




3.       Sumbangan tamadun awal dunia dalam bidang politik.

        Jelaskan sumbangan tamadun awal
        kepada dunia dalam bidang politik.(15m)




15markah

Mengaplikasi:
Demokrasi berparlimen dimanfaatkan demi kestabilan negara.




4.       Demokrasi berparlimen dimanfaatkan demi kestabilan negara.
Bagaimanakah kita memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkan kestabilan politik di Malaysia. (15 m)

15 markah





Format
Aspek
Perincian
Markah penuh


Menilai kejayaan yang dicapai oleh Negara kesan daripada kestabilan politik.

5.       Kejayaan  yang dicapai oleh Negara kesan daripada kestbilan politik.

Berdasarkan  pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Negara kesan daripada kestabilan politik.


10 markah


Mencipta/ menjana idea menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

6.       Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju .

-Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memantapkan kestabilan politik demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.(5m)
-Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m)



10 markah

Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada tamadun awal dunia demi memajukan Negara kita

7.       Penerapan nilai-nilai murni iktibar/patriotism daripada kerajaan awal demi memajukan negara kita

Nyatakan nilai-nilai murni/ iktibar/ patriotism daripada sumbangan dalam aspek politik yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita.



10markah



Kesimpulan

Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

8.       Rumusan

-          Pengetahuan yang diperoleh
-          Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
-          Harapan untuk masa depan politik Malaysia yang lebih mantap.



5 markah


 SKEMA JAWAPAN

Soalan: Huraikan peningkatan dan sumbangan tamadun awal dunia dan hubungkaitkannya dengan kemajuan Negara Malaysia.            
Soalan
Isi huraian
Markah
1
Jawapan Pengenalan
-          Lokasi kewujudan
-          Bentuk/jenis
-          Contoh tamadun
-          Bukti kewujudan
-          Jangka masa
-          Maksud
-          Proses peningkatan
-          Peranan


             5
2
Pentadbiran

Tamadun Yunani:

Pemerintahan:

-bentuk pemerintahan mengalami perubahan daripada Monarki/Oligarki/Aristokrasi/Diktator kepada demokrasi
- Orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran Negara kota.
- Athens mengamalkan system beraja.
- Raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsol
- Raja berperanan sebagai ketua tentera, ketua hakim dan ketua agama
- Apabila kuasa konsol menjadi kuat peranan raja merosot
- Pemerintahan dikuasai oleh konsol yang terdiri daripada golongan kaya
- Pemerintahan oleh beberapa orang konsul dinamakan Oligarki
- daripada kalangan konsul lahir golongan Aristokrat yang kuat
dinamakan Aristokrasi
- Rasa tidak puashati rakyat terhadap pemerintahan Aristokrasi
- Golongan yang menuntut hak /berlaku rampasan kuasa
- wujud pemerintahan bentuk Tirani oleh Diktator/golongan kaya atau tentera
- rakyat biasa menyokong rampasan kuasa/ditentang oleh golongan Aristokrat.
- Lahir system demokrasi
- terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
- semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan perhimpunan antara 6 bulan hingga setahun
- Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali dalam sebulan dan setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
- segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.
- Ahli Majlis, Majestrit dan Juri dilantik oleh Dewan, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya.
- Di Sparta system pemerintahan tentera diamalkan
- Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan system ini melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotic yang tinggi/handal.

Tamadun Rom:

-          Pemerintahan mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat latin tempatan.
-          Pemerintahan ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin
-          Masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan dikenali sebagai patrician memberontak.
-          Mewujudkan system Republik
-          Tiada pemerintah berkuasa mutlak, kuasa tertinggi terletak pada dua orang Konsul yang dilantik oleh Dewan Senat.Antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa.
-          Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan.
-          Dewan Senat dilantik sebagai konsul iaitu  pemerintah tentera.
-          Dewan Senat ialah Dewan perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom
-          Segala   Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

Perundangan
Tamadun Yunani.-

-          Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang
-          Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato/Republic
-          Negara harus diperintah oleh ahli falsafah
-          Mereka cekap/terbaik/berupaya menggubal undang-undang

Tamadun Rom

-          Undang-undang bertulis
-          Undang-undang pertama Hukum Kanun 12/dikenali Papan Dua Belas
-          Dipahat pada kayu
-          Diletak di tempat awam/tatapan rakyat
-          Maharaja Justinian mengumpulkan/menyatukan/membukukan undang-undang tersebut.
-          Lahir Kod Undang-undang Rom pada tahun 527M/Dikenali sebagai Undang-Undang Justinian

     


  


           15
























































          15

3
Sumbangan Tamadun

Tamadun Yunani
-Sistem pemerintahan berbentuk demokrasi
-Rakyat terlibat membuat keputusan politik
-Rakyat terlibat secara langsung dalam pemerintahan
-Kerajaan demokrasi ialah kerajaan rakyat
-Diamalkan kebanyakan Negara


Tamadun Rom
-sistem republic
-dikuasai dua orang konsul
-Konsul dibantu oleh dua orang Dewan Senat
-Dua orang konsul untuk imbang kuasa
-Dewan senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan
-diwakili oleh rakyat











            15

4

Demokrasi berparlimen dimanfaatkan demi kestabilan Negara

-Terdapat tiga komponen utama
-Badan pemerintah / eksekutif
-Badan perundangan
-Dewan Negara
-Dewan Rakyat
-Badan kehakiman
-Sistem pilihanraya
-Rakyat mempunyai kuasa mengundi
-Rakyat memilih ahli dewan rakyat
-Keamanan dapat diwujudkan
-Undang-undang Negara terpelira
-Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
-Rakyat bebas memilih perwakilan
-Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan
-mengekalkan kerajaan yang adil dan stabil
-Raja menjadi lambang taat setia rakyat
-saluran yang sah


5

Kejayaan Negara

-kemajuan ekonomi
-perindustriaan berkembang
-tumpuan pelancong
-hubungan antarabangsa berkembang
-mendapat sanjungan Negara luar
-pemimpin diiktiraf masyarakat antarabangsa
-perpaduan kaum
-kehidupan rakyat makmur
-perkembangan pendidikan
-pertambahan pelaburan asing





6

cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memantapkan kestabilan politik demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.(5m)

 (a)Kewangan:
-Kekurangan modal
- Nilai matawang turun naik/spekulasi
Pelaburan
-kejatuhan pasaran malam
-masalah menarik pelabur asing

Teknologi
-perkembangan bidang ICT
-bergantung kepada teknologi luar

Tenaga kerja
-kurang mahir
-bergantung kepada Negara luar
-ramai tenaga mahir berkhidmat di luar  Negara
-kurang pengetahuan

Gejala social
-keruntuhan akhlak
-dadah
-buang bayi
-jenayah
-nilai-nilai kemanusiaan pudar
(jawapan munasabah) 

b)Langkah-langkah mengatasi cabaran di atas
 Kewangan
-penggabungan bank
- memperkenalkan dinar emas
-          Memperluas perbankan Islam
Pasaran
-          Meningkatkan kualiti barangan
-          e-dagang
Kemahiran
-          Penguasaan ICT
-          Menambah bilangan tenaga professional
Modal insan
-          Memperkukuh jati diri
-          Menerapkan integriti
-          Konsep 1Malaysia
-          Merealisasikan Wawasan 2020
-           
       Dasar kerajaan
-          Menjayakan dasar-dasar kerajaan




7

Nilai murni/ Iktibar / Patriotisme
-Memiliki sikap bertoleransi
-Sedia menerima perubahan
-Kepentingan memelihara perpaduan
-Kepentingan ilmu pengetahuan
-Mengekalkan keamanan
-Patuh kepada undang-undang
-Hormat kepada pemerintah/ Taat
-Bekerjasama memajukan Negara
-Berusaha memastikan negara sentiasa aman
-Berbangga kepada negara
-Belajar bersungguh-sungguh



8

Rumusan

-Harapan agar Malaysia kekal aman dan makmur
-Pengetahuan yang diperoleh
-Iktibar kepada diri, bangsa dan negara



                 

CIKGU FAZLI

"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TAWARAN MENARIK BOOKCAFE

DAPATKAN BUKU DI BOOKCAFE