Sunday, 24 February 2013

MEMBINA AYAT MUDAH-B1DT1E1 (KELAS 1K)

  1. LATIHAN MEMBINA AYAT MUDAH

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA-OBJEKTIF

  1. LATIHAN BAB 1-NASIONALISME DI ASIA TENGGARA 
  2. KUIZ BAB 2-NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

SOLAN KERTAS 3 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA (KELAS 5 A/T)



TEMA /TAJUK :10.2 Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua

Soalan :Penjajahan British di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan.
Pada pendapat anda mengapakah semangat patriotisme menjadi tonggak dalam mengekalkan kedaulatan negara.?

Peringatan
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah

Format
Aspek
Perincian
Markah Penuh
Pengenalan
Memahami latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehimgga Perang Dunia Kedua
1 Pengenalan
Jelaskan latar belakang nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
5 markah
Isi dan Huraian
Memahami sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British



Menganalisis peristiwa penentangan pemimpin tempatan







Mengaplikasi kepentingan semangat patriotisme dalam mengekalkan kedaulatan negara.









Menilai kejayaan Malaysia dalam pelbagai aspek.










Mencipta/menjana idea dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemakmuran Malaysia.












Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotism dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.
2 Sebab-sebab penentangan
Bincangkan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap British di tanah Melayu.

3 Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
Terangkan peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di
(a)    Naning
(b)   Kelantan


4 Semangat patriotisme mampu mengekalkan kedaulatan negara
Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara?





5 Kemakmuran negara hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
Pada pendapat anda,apakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

6 Cabaran dan langkah mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
(a)    Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara[5 markah]
(b)   Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.[5 markah]


7 Nilai-nilai murni /iktibar/patriotism daripada usaha mengekalkan kedaulatan negara
Nyatakan nilai-nilai murni yang perlu ada pada setiap warganegara Malaysia dalam usaha mengekalkan kedulatan negara.

30 markah






15 markah









 15 markah













10 markah












10 markah
















10 markah
















Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan
8 Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri,bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.
5 markah

Sunday, 17 February 2013

SOALAN ESEI : PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH



SOALAN ESEI
PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

1. Penentangan masyarakat tempatan terhadap campurtangan British bertujuan untuk mempertahankan hak mereka daripada dicerobohi oleh kuasa luar.

a. Huraikan tindakan penjajah British yang membawa kepada penentangan tersebut. [6 markah]

b. Ceritakan tentang perjuangan tokoh-tokoh berikut menentang British.

i. Dol Said ( Naning) [5 markah]

ii. Mat Salleh (Sabah) [5 markah]

c. Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara. [4markah]

KLIK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN JAWAPAN PENUH 

Jawapan Bab 2-Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British

LATIHAN STRUKTUR BAB 2-NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Saturday, 16 February 2013

NOTA BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


Revisi Pantas
1.       Berlaku sejak kedatangan British dan bertujuan memelihara hak dan maruah daripada pencerobohan kuasa barat.
2.       Kebangkitan di peringkat awal dipimpin oleh pembesar seperti Dol Said,Dato Maharaja Lela,Rentap,Mat Salleh,Tok Janggut,Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain.

Sebab-sebab Penentangan
1.       Dasar penaklukan British
2.       Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
3.       Pelaksanaan sistem pentadbiran barat
4.       Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
5.       Kesulitan penduduk tempatan.

Faktor-faktor Penentangan Pemimpin Tempatan
1.       Naning (Penghulu Dol Said)
·         Arahan British  agar membayar cukai satu per sepuluh daripada hasil Naning kepada British di Melaka.
·         Dakwaan Naning adalah sebahagian daripada Melaka.
2.       Sarawak (Linggir,Rentap,Syarif Masahor,dan Datu Patinggi Abdul Gapur)
·         Tindakan James Brooke meluaskan kuasa di Sarawak.
·         Tanggapan bahawa orang Iban ialah lanun
·         Pembesar tempatan hilang kuasa memungut cukai dan kuasa mentadbir.
3.       Sabah ( Mat Salleh dan Antanom)
·         SBUB tidak menghormati kedudukan Mat Salleh sebagai pembesar Tambunan dan Sungai Sugut.
·         Penguasaan SBUB terhadap kawasan Mat Salleh.
·         SBUB memungkiri janji untuk menyerahkan kuasa kepada Mat Salleh.
4.       Perak (Dato’ Maharaja Lela)
·         Tindakan J.W.W Birch menghapuskan amalan orang suruhan di Perak telah menyebabkan beliau menemui ajal di tangan penduduk tempatan.
5.       Negeri Sembilan (Yam Tuan Antah dan dato Syahbandar Abdullah Tunggal)
·         Menentang kemasukan British di Sungai Ujong.

Faktor-faktor pemangkin Nasionalisme
1.       Pengenalan sistem politik Barat
2.       Perkembangan sistem pendidikan
3.       Dasar British
4.       Pendudukan Jepun
5.       Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
6.       Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)\
7.       Kemunculan mesin cetak
8.       Kesedaran politik serantau

Gerakan Nasionalisme semasa pendudukan Jepun
·         Jepun mengamalkan dasar pemerintahan tentera
·         Jepun menyekat kebebasan bersuara dan mengharamkan penerbitan akhbar.
·         Ahmad Boestamam menubuhkan Barisan Pemuda Perak bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu.
·         Gerakan Bawah Tanah ditubuhkan untuk menentang Jepun.
·         Parti Komunis Malaya menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun.
·         Ahli pasukan Bintang Tiga terdiri daripada kaum Melayu,Cina dan India.
·         Force 136 dan Pasukan Wataniah di Pahang ditubuhkan oleh orang Melayu.
·         Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mencapai matlamat Melayu Raya atau Indonesia Raya.
·         Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia sehari sebelum kekalahan Jepun.
·         Kemerdekaan dalam Indonesia raya atau Malaysia Raya gagal.
·         British gagal menguasai Tanah Melayu pada September 1945.

Gerakan Islah dalammeningkatkan minda bangsa
1.       Tokoh Gerakan Islah
·         Sheikh Tahir Jalaludin
·         Dr Burhanuddin al-Helmy
·         Syed Syeikh al-Hadi
2.       Matlamat perjuangan
·         Memperbetulkan pandangan terhadap ajaran Islam.
3.       Medium perjuangan
·         Majalah,novel,akhbar dan madrasah.
4.       Cara perjuangan
·         Menggunakan akhbar dan majalah untuk menyebarkan idea mereka seperti al-Imam,Neracha,Idaran Zaman dan Pengasuh.
·         Menyampaikanidea supaya berpegang kepada ajaran Islam sebenar utuk kemajuan ekonomi,pendidikan,politik dan sosial orang Melayu.
·         Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berusaha memajukan orang Melayu.
·         Menyematkan sikap mengkritik penjajah dalam pemikiran orang Melayu.
·         Menubuhkan beberapa madrasah bagi member pendidikan Islam dan pendidikan keduniaan kepada pelajar-pelajar Islam.
·         Memberi peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan.
Isu yang dibangkitkan oleh majalah,akhbar dan novel.
1.       Majalah Pengasuh,Majalah Guru,dan Bulan Melayu
·         Pendidikan kepada anak-anak Melayu.
·         Menggalakkan golongan wanita mendapat pendidikan tinggi.
·         Memajukan bahasa dan sastera.
2.       Akhbar: Majlis,Warta Malaya, Warta Negara,Utusan Melayu,Fajar Sarawak dan Lembaga Malaya.
·         Isu sosial dan pendidikan orang Melayu.
·         Isu ekonomi dan politik.
3.       Novel:Keris Melaka,Anak Mat Lela Gila,Melor Kuala Lumpur,Putera Gunung Tahan.
·         Menanam semangat perjuangan menentang penjajah.
·         Menggunakan sejarah sebagai inspirasi perjuangan.
·         Menghargai warisan bangsa.
·         Berbangga dengan pencapaian dan kebolehan diri.
Perjuangan Nasionalisme oleh persatuan-persatuan Melayu.
1.       Kesatuan Melayu Singapura
·         Menggalakkan penglibatan orang Melayu Singapura dalam bidang pentadbiran.
·         Meningkatkan pendidikan orang Melayu.
·         Mewakili orang Melayu untuk berunding dengan pihak British.
2.       Kesatuan Melayu Muda (KMM)
·         Menggalakkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
·         Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
·         Memperjuangkan konsep Melayu Raya.
3.       Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
·         Menggalakkan ahli berkenalan dan bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa.
·         Menggalakkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
4.       Kongres Melayu
·         Diadakan pada tahun 1939 dan 1940
·         Membincangkan kemunduran orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
·         Sikap pilih kasih British terhadap anak negeri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...